Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh...
Semaklah Darjat Hadis di Sini
Sabtu, 3 April 2010
Nie-Zarm di Beijing?
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh...
Sabtu, 27 Mac 2010
Betapa sukarnya mencapai puncak...
Khamis, 18 Mac 2010
Maafkan Teman...
Assalamualaikum dalam salam sejahtera...
maafkan ana sebab sudah lama tidak mengemaskini blog ini...
ana sedang bercuti selama sebulan dan rumah ana sendiri pun tidak mempunyai akses internet,maka disebabkan itu ana terpaksa pergi ke kafe siber mahupun menggalas komputer riba ke kedai makan yang mempunyai wifi hotspot untuk mengakses internet...
cuma ana harap semua yang melayari laman ini supaya terus membaca artikel yang ada kerana ianya masih algi relevan untuk dibaca.isu yang ditampilkan adalah Islam,sudah pasti Islam itu sendiri akan kekal sampai akhir zaman.
semoga kita semua dirahmatinya...
Amin
Gambar penulis ketika menjadi fasilitator untuk kem kepimpinan SMU(A)Sullamiah di Bukit Bakar,Machang Kelantan.Ketika ini sedang jungle tracking..
Jumaat, 19 Februari 2010
Perarakan Maulidur Rasul dan Peperiksaan Akhir

Dalam kesibukan mengulangkaji dan menghadapi peperiksaan akhir semester,telah kedengaran suara-suara mengenai isu kerajaan Pulau Pinang tidak akan menganjurkan perarakan sambutan Maulidur Rasul pada tahun ini.Isu ini jika dilihat secara kasar memang menyentuh sensitiviti umat Islam di Malaysia yang saban tahun mengamalkan tradisi ini untuk melahirkan rasa cinta kepada Rasullullah S.A.W.
Cuma jika dikaji dengan teliti dan perhalusi dari sudut dalaman,rupa-rupanya perarakan Maulidur Rasul bukanlah sesuatu yang wajib ke atas semua umat Islam,kerana penghayatan kepada Sunnah baginda itu lebih utama,dan apabila terdengar khutbah yang disampaikan oleh khatib di Masjid Al-Azhar jumaat tadi.

"Ketika kelahiran Nabi Muhammad,Abu Jahal merupakan orang yang paling gembira kerana kelahiran Rasulullah dan sanggup membebaskan hambanya dan menyembelih 100 ekor unta untuk meraikan peristiwa tersebut"
"Namun setelah Rasulullah mengisytiharkan dirinya sebagai Rasul dan memulakan ekspedisi dakwah secara terbuka,Abu Jahal sendiri yang kuat menentang baginda S.A.W".
Ada benarnya juga apa yang diseru oleh khatib pada hari ini,buat apa kita semua berarak di sekitar ibu kota dengan jarak yang jauh dan berpakaian kemas serta baru dengan membawa sepanduk dan kain rentang seperti memuji kepimpinan Nabi Muhammad tetapi tidak mengamalkan sunnah bahkan menolak hukum-hukum Allah yang terkandung di dalam Al-Quran yang telah dilaksanakan oleh baginda sendiri ketika baginda menjadi Perdana Menteri di negara Islam Madinah.
Lebih teruk lagi jika kepimpinan negara yang menganjurkan Sambutan Maulidur Rasul tetapi mengamalkan rasuah yang terbukti menyalahi syariah.
Apa gunanya jika kita hanya menjunjung syiar Islam tetapi tidak menegakkan syariat Islam dan menyelamatkan golongan yang berada dalam keadaan kritikal khususnya mengenai isu murtad dan juga pembuangan bayi.
Adalah lebih baik jika pihak yang bertanggungjawab lebih banyak melahirkan program yang berbentuk penyampaian syariah Islamiah kepada golongan muda yang hidup di pasar raya dan "pusat lepak" dengan penyampaian yang lebih segar dan "sporting" kepada golongan remaja,setidak tidaknya ada usaha untuk mentamadunkan Islam golongan seperti ini.
baiklah,saya rasa itu sahaja ulasan saya mengenai isu ini,diharapkan agar pembaca sekalian dapat melakukan timbang tara kebaikan dan keburukan mengenai isu ini
Sekian,Wallahu a'lam
Jumaat, 12 Februari 2010
14 Februari?
Allahu Akbar,rasa seperti sedar tidak sedar,hampir-hampir saya lupa untuk meneruskan kesinambungan penulisan ini.Namun alhamdulillah sempat juga saya teringat untuk meneruskan penulisan ini.
Peperiksaan akhir semakin hampir tiba,semua perkara wajib seperti tugasan dan laporan kokurikulum sudah dihantar awal-awal lagi.Walaupun kini adalah waktunya untuk belajar pada saat-saat akhir sebelum menghadapi peperiksaan akhir pada 18 Februari sehingga 6 Mac,namun kelapangan yang ada boleh diaplikasikan untuk penulisan ini.
Bila saya lihat kalendar 2010 yang berdansa ketika ditiup angin dari jendela bilik,menunjukkan hari ini adalah 13 Februari 2010
"Esoklah harinya yang membuatkan orang ramai tidak senang duduk",sudahlah kini kolej sedang bercuti untuk perayaan tahun baru cina bermula 12 sehingga 16 Februari,kini saya bersendirian belajar untuk menghadapi peperiksaan terakhir.Rupanya ada yang sanggup balik sebelum tarikh 14 Februari kerana ada sesuatu.

Ya,itulah agenda mereka tidak lain tidak bukan adalah Valentine's Day.Bahkan ada juga yang tidak balik kampung tetapi mahu keluar ke Kuala Lumpur untuk bertemu dengan "gegula hatinya".Saya pun tidak faham kenapa manusia masih lagi mengagungkan amalan golongan kuffar mengenai hari yang kononnya "hari berkasih sayang".
Bukannya agama Islam melarang untuk berkasih sayang,tetapi adakah perayaan yang kita sambut itu adalah perayaan berbentuk kebudayaan ataupun berbentuk keagamaan?
Jikalau perayaan tersebut adalah perayaan kebudayaan seperti Tahun Baru Cina,mungkin kita boleh menyambutnya kerana berbentuk perayaan kebudayaan Cina.Kita boleh memakai pakaian tradisi Cina tetapi tidak dibenarkan untuk menyembah berhala dan mengamalkan perkara khurafat serta mengundang dosa.Kerana itulah wujudnya golongan Cina Muslim yang menyambut tahun baru Cina tanpa membabitkan pengamalan ritual.
Namun bagaimana pula dengan Valentine's Day?Baca artikel di bawah
Sambutan Hari Kekasih Salah Di Sisi Islam
Oleh Mohd Hariri Bin Haji Mohamad Daud, (Panel Penulis Luar Jakim), Majalah Cahaya keluaran Februari 2009.
Tarikh 14 Februari setiap tahun menjadi tarikh yang ditunggu-tunggu oleh pasangan bercinta sebagai hari untuk memperingati dan meluahkan cinta sejati kononnya kepada pasangan masing-masing. Amalan songsang seperti ini sudah menjadi taqwim tahunan remaja dan semestinya penganut agama Kristian. Lantas, remaja Islam di Malaysia diseru agar tidak terpengaruh dan meraikan sambutan Hari Kekasih (Valentine Day) yang disambut pada 14 Februari ini. Sudah jelas bahawa sambutan Hari Kekasih ini salah di sisi agama Islam dan bercanggah dengan aqidah Islam itu sendiri.
Perbuatan untuk meraikan sambutan Hari Kekasih amat bercanggah dengan syara’ kerana ianya mempunyai unsur kepercayaan agama kristian dan menjurus kepada kebobrokkan akhlak. Selain itu, sambutan yang tidak berfaedah ini dirai dengan penuh adegan maksiat seperti berdua-duaan, berpeleseran hatta membawa kepada perbuatan seks bebas. Hari yang dianggap “hari berbulan madu” bagi remaja sehingga mereka sanggup menggadaikan maruah demi membuktikan cinta mereka kepada kekasih masing-masing. Sesungguhnya budaya meniru budaya barat yang terpesong dan mencampurkan perkara aqidah mengikut kepercayaan agama lain adalah salah di sisi Islam.
Dalam erti lain umat Islam tidak boleh mencampur adukkan akidah dan peribadatan agama Islam dengan akidah dan peribadatan agama lain. Ini berdasarkan firman Allah SWT yang bermaksud “Katakanlah (wahai Muhammad): Hai orang kafir. Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) apa yang aku sembah. Dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat dan kamu pula tidak mahu beribadat secara aku beribadat. Bagi kamu agama kamu, dan bagi aku agamaku.” (Surah Al-Kafirun ayat 1-6 )
Nabi SAW dengan tegas telah melarang kita daripada meniru budaya Yahudi dan Nasrani dalam hadis yang bermaksud, “Nescaya kamu akan turut jejak langkah mereka (Yahudi dan Nasrani ) sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta sehingga kamu akan turuti mereka walaupun mereka masuk ke dalam lubang biawak. Lantaran sahabat bertanya: Adakah mereka itu Yahudi dan Nasrani? Baginda menjawab: Siapa lagi kalau bukan mereka.”
Keputusan Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor telah menyatakan melalui Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor Kali 1/2006 pada 21 Februari 2006 telah memutuskan bahawa amalan merayakan Valentine’s Day tidak pernah dianjurkan oleh Islam. Roh perayaan tersebut mempunyai unsur-unsur Kristian dan amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dan dilarang oleh Islam”.
Para mufti di Malaysia juga telah bersepakat untuk memutuskan bahawa amalan meraikan Hari Kekasih tidak digalakkan oleh agama Islam seperti yang dibincangkan dalam Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali ke-71 yang bersidang pada 22 hingga 24 November 2005 yang lalu.
Melalui sejarah Valentine, jelas ianya dapat disabitkan dengan budaya Kristian yang menyatakan Valentine’s Day bermula dari kematian tragis seorang Paderi yang bernama St. Valentine yang dibunuh oleh seorang Raja Romawi yang bernama Raja Claudius pada II (268-270M ).
Bermula dari kisah ini mereka telah mengabdikan St. Valentine sebagai seorang tokoh yang hebat dalam mempertahankan cinta dan dianggap sebagai simbol ketabahan, keberanian dan kepasrahan dalam menghadapi cubaan hidup. Maka, 14 Februari dijadikan sebagai hari perlambangan dalam memperingati kematian St.Valentine dan dianggap sebagai upacara keagamaan masyarakat Kristian.
Justeru, Islam menyeru seluruh umat Islam khususnya remaja-remaja Islam agar tidak meraikan sambutan Hari Kekasih dan menghindari perkara-perkara yang boleh membawa kepada sikap untuk meraikannya. Berikut adalah sikap-sikap yang perlu dihindari oleh remaja Islam pada Hari Kekasih :
1- Sikap untuk keluar berfoya-foya sesama kekasih dan mengadakan majlis untuk menyambut hari tersebut dengan mengadakan parti atau majlis seumpamanya.
2- Menghantar kad-kad ucapan yang tertera kata-kata Valentine Day dan pada kad-kad tersebut terdapat gambar pari-pari yang mempunyai dua sayap yang menjadi simbol kepercayaan agama kristian.
3- Menulis ucapan kata-kata cinta di dalam kad yang diutuskan dengan menyatakan keinginan cinta kepada kekasih kerana ianya juga sikap mempamerkan rasa gembira dan percaya akan hari tersebut.
4- Kebanyakan negara-negara Barat, parti-parti diadakan sempena hari tersebut disambut dengan pesta seks dan tari-menari. Kebanyakan mereka menghantar hadiah-hadiah seperti bunga ros dan sekotak coklat kepada sesiapa yang mereka cintai.
5- Menghantar pesanan ringkas (SMS) kepada kekasih untuk meluahkan rasa sayang bersempena dengan Hari memperingati kekasih (Valentine Day) sebagai tanda percaya akan “keajaiban” hari tersebut.
Namun, segelintir pihak sanggup menaja majlis sambutan Hari Kekasih dan menjual barang-barang cenderahati untuk mempengaruhi remaja memperingati hari tersebut sehingga mengheret ke lembah makisat. Ironinya, remaja menganggap sambutan ini sebagai simbol kecintaan dan kasih sayang yang tidak berbelah bagi kepada pasangan. Islam melarang umatnya berlebih-lebihan dalam bercinta sehinggakan sanggup menyerahkan maruah kepada pasangan yang dicintainya.
Sesungguhnya perbuatan ini juga bercanggah dengan syara’ kerana ianya juga menyumbang berlakunya perkara maksiat dan zina. Firman-Nya:“ Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang membawa kepada kerosakan.” 9Surah Al-Isra’ ;32)
Ibu bapa juga perlu memainkan peranan penting untuk mengawasi anak-anak mereka agar tidak meraikan hari tersebut dan melalukan perkara-perkara yang tidak mendatangkan manfaat. Selain itu, pihak pentadbiran sekolah dan institusi pengajian tinggi juga agar lebih proaktif untuk memastikan tidak wujud program sambutan kepada hari tersebut serta aktiviti bertukar-tukar bunga ros, kad-kad ucapan dan sebagainya.
Secara kesimpulannya, Islam memberi garis panduan yang jelas dan membenarkan hubungan kasih sayang sesama manusia dalam kerangka syariat. Hubungan kasih sayang kepada ibu bapa, sahabat dan sesama masyarakat boleh dilakukan setiap hari dan tujuh golongan manusia yang akan mendapat lindungan `Arasy ialah salah satunya mereka yang berkasih sayang ( bertemu dan berpisah ) kerana Allah SWT.
Walaupun nampak seperti tidak ada apa-apa,namun sambutan tersebut adalah telah difatwakan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan seperti yang dinyatakan di atas.
Menurut sejarah pula, perkataan Valentine diambil sempena nama seorang paderi besar Kristian pada zaman pemerintahan Ratu Isabella dari Sepanyol iaitu Saint Valentine. Jasa beliau yang telah berjaya menumpaskan kerajaan Islam di Cordova, Sepanyol pada 14 Februari 270 Masihi begitu bermakna bagi Ratu Isabella sehingga dianggap sebagai kekasih rakyatnya sendiri. Justeru itu, 14 Februari disambut setiap tahun oleh rakyat Cordova atas kehendak Ratu Isabella bagi merayakan kemenangan tersebut dengan dinamakan hari Valentine's Day.
Dengan maksud lain,apabila kita meraikan Valentine's Day,kita juga meraikan hari keruntuhan kerajaan Islam dan meraikan golongan yang menghancurkan Islam serta boleh membawa kepada murtad.
Jadi,dimanakah kita?Mahu dilabelkan sebagai konservatif oleh orang lain asalkan akidah terpelihara ataupun kita mahu menjadi penyokong kepada golongan kuffar?
Terpulanglah kepada anda untuk menilainya dengan penggunaan akal dan wahyu.Anda bolehlah merujuk kepada mana-mana pakar agama sebagai pembimbing anda.
Ahad, 31 Januari 2010
Mencari Tuhan bila ada kesusahan.Ketika senang?
Selasa, 26 Januari 2010
Mengekang Kemaraan 'West Life.'
Ana sebenarnya tidak ada terfikir untuk menulis apa-apa makalah pada pagi ini. Namun, oleh kebejatan yang menjadi-jadi disebabkan pengaruh budaya Barat yang merebak di kalangan pelajar-pelajar Malaysia di sana, ana terpaksa.
Saudara, Barat atau timur adalah arah mata angin sahaja bagi merujuk dua bahagian muka bumi. Barat merujuk kepada Eropah, Amerika Utara, Amerika Selatan, dan lain-lain sementara timur adalah sebaliknya. Sedangkan Islam, satu agama yang dibangkitkan Allah melalui pengutusan risalah-Nya, Muhammad -Allah berselawat ke atas-Nya- bukan mewakili Barat mahupun Timur atau tengah! Islam adalah Islam.
Cumanya, banyak ideologi-ideologi 'canggih' masa kini berpunca dari Barat. Ideologi yang dicetuskan Barat merosakkan ketulenan fitrah manusia. Inilah yang ditentang oleh Islam. Satu demi satu isme dibawa kepada masyarakat dunia seperti feminisme, komunisme, liberalisme, sekularisme, hedonisme, dan lain-lain menjadikan dunia haru-biru. Memang gaya hidup hasil aplikasi isme Barat itu nampak hebat malah menyeronokkan bagaikan hidup di syurga kerana bebasnya diri melakukan apa saja. Maka ketahuilah wahai manusia, hidup ini sementara saja; kepada Alah jua tempat kembalinya!
Kebanyakan manusia terpegun dengan kehidupan Barat dan antaranya manusia Muslim. Mereka lihat cara hidup Baratlah yang menjamin kebahagian dan ketenangan hidup. Mereka sebenarnya telah dirasuk. Akal mereka telah rosak. Mereka tinggalkan cara hidup Muslim. Mereka ambil gaya hidup Brett Pit, Angelina Jolie, dan sebagainya. Mereka ingat masyarakat Barat sendiri bahagia dengan kehidupan mereka. Mereka tidak kaji berapa ramaikan orang Amerika dan Eropah yang bunuh diri kerana kecewa dengan hidup; hidup cara Barat!
Barat selalu mengangung-agungkan pemikiran. Mereka cakap mereka rasionalis. Apa-apa mesti ada hujah yang boleh diterima akal. Kalau sungguh mereka berfikir ikut logik akal, sudah tentu mereka akan menerima bahawa dunia ini ada penciptanya. Bukankah Adnan Oktar, saintis Islam Turki sudah berjaya mematahkan hujah-hujah teori Evolusi Darwin dengan 'Atlas of Creations'-nya? Kalau mereka menggunakan akal dengan betul, sudah tentu mereka taajub, mengapa agama-agama di atas muka bumi ini mempunyai persamaan antara satu sama lain; bagaikan memberi isyarat bahawa semua agama ini berasal dari sumber satu, iaitu agama Nabi Adam AS?!
-Kembalilah kepada Tuhan, cahaya kehidupan. Rahsia bahagia di dunia. Akhirat kekal selama pada Allah-
Wassalam.
Masalah...
kepada setiap pengunjung blog ini,terima kasih kerana masih lagi setia bersama penulis,ketika saya senang dan ketika saya susah sekalipun,anda masih tidak jemu-jemu untuk menjenguk ar-risaalah.blogspot.com ini.
Pada artikel kali ini,saya lebih suka untuk menulis artikel-artikel yang lebih ringan,kerana keadaan saya sekarang dalam keadaan tertekan...
tertekan dengan apa nie-zarm?
1.final exam dah nak dekat ni,18/2 - 6/3/2010 adalah tarikh final exam...
2.nak khatamkan setiap subjek yang terkandung di dalam bukunya...
3.kewangan.PTPTN belum masuk lagi,sekarang kais pagi makan pagi,kais petang makan malam sebab petang main bola.
4.masalah dengan senior kursus sendiri dan pensyarah semester atas kerana masalah tersalah faham.
Saya menghadapi masalah dengan senior atas yang tersalah faham dengan kenyataan saya (kenyataan saya itu saya mintak off record yer?) dan membawa kenyataan saya tu kepada pensyarah atas,dan mungkin saya akan dihentam sekuat-kuatnya...
Barulah saya tahu betapa susahnya untuk memberi kefahaman mengenai maksud yang saya jelaskan dan untuk membawa suara-suara "rakyat" saya ini...
Cuma jika selepas ini saya agak kurang untuk menyumbangkan artikel di dalam blog ini,saya ingin memohon ampun dan maaf,bukan kerana tidak up-to-date tetapi memang saya menghadapi masalah besar,khususnya masalah yang keempat...
Kepada pengunjung blog ini,tolong doakan saya selamat dari fitnah dunia dan akhirat serta memberi semangat untuk saya memanjangkan kalam ini pada masa-masa akan datang...
Terima kasih dari penulis yang dhaif dan hina ini...
Selasa, 19 Januari 2010
Apa kesilapan Islam?
pertama dan selamanya kita perlu bersyukur kepada Allah kerana telah memberikan kita kontrak untuk hidup lagi untuk helaan nafas,satu demi satu bagi memastikan ibadah,pekerjaan dan karier kita berjalan dengan lancar.
Baiklah,saya "straight forward" kepada tajuk perbincangan pada kali ini.Pelik kan?Kenapa tiba-tiba saya meletakkan tajuk yang agak pelik?Apa yang ingin saya sampaikan di sini ialah apakah kesilapan Islam sehinggakan dijadikan bahan untuk memperkotak katikkan Islam?Apakah kesilapannya?
Kenapa kaum kafir dan mereka yang berpendidikan kafir sangat bencikan Islam?Sedangkan Islam merupakan agama yang "complete" dari semua sudut?
Syariahnya, cara hidupnya, ideologinya, ekonominya, perlaksaan hukum syaraknya, semua menepati fitrah manusia,tetapi masih lagi ada yang membenci Islam.Pelik kan manusia kini?
Perkara yang dilarang Islam,itulah yang disuruh,bahkan bila kita suruh pula,lainnya yang dibuat.
Saya berkata sedemikian rupa kerana saya sedih,sedih dengan kewujudan manusia yang mengakui dirinya Islam,tahu hukum-hakam Allah tetapi masih lagi tidak melaksanakan syariat Islam dalam kehidupan.
Yang lebih memilukan,apabila mereka yang dimaksudkan itu merupakan pelajar/mahasiswa dalam kalangan jurusan agama seperti diploma perguruan (pengajian Islam),diploma pendidikan Islam (syariah) dan sebagainya.
Tetapi ini tidak bermakna pelajar/mahasiswa bukan jurusan Islam itu tidak dipandang serius,tetapi mereka ini (mahasiswa/pelajar jurusan agama Islam) merupakan golongan yang diperlukan dan diutamakan oleh masyarakat di luar kampus untuk membangunkan Islam di kawasan mereka.
Kerana itulah saya secara peribadi merasakan mahasiswa seperti ini tidak ada beza seperti tin kosong,hanya tunggu disepak-sepak di jalanan kerana selain tidak mengamalkan kehidupan berasaskan Islam seperti yang dipelajari,mereka juga "tidak sedar diri" dan tidak mempunyai jati diri yang kukuh terhadap diri sendiri.
"ilmu tanpa amal seperti pokok tidak berbuah"
Itulah gambaran yang dapat saya bawakan,kerana siapa mahu menerima seseorang untuk ustaz untuk menjadi imam di masjid kalau berperibadi tidak bersih dan tidak dilihat bersih dengan rekod "couple" yang teruk sehinggakan berjalan di tengah bandar sambil berpimpin tangan dengan wanita bukan muhrim?
Sudah pasti imam tersebut akan dilihat kotor oleh masyarakat.
Buat saudara seagama dan sealiran pemikiran serta yang masih terkapai-kapai dalam mencari perubahan dalam diri,minda anda perlu menerima input-input islamik yang tepat dan benar.Tidak semestinya dengan hanya membaca blog ini sahaja,perbanyakkan lagi pembacaan anda,kerana blog ini masih lagi mempunyai kekurangan,kedhaifan,kelemahan dan yang seangkatan dengannya,apatah lagi penulis artikel ini bukanlah yang mengambil jurusan agama di dalam kampus sendiri.
Oh ya sebelum saya terlupa,di dalam memilih blog untuk menambahkan ilmu islam,jangan sampai terlanjur memilih blog yang tidak berkaitan dan blog-blog yang boleh mempengaruhi minda anda.
Saya menyatakan sedemikian kerana saya sudah kenal pasti laman-laman blog yang membawa isu perbincangan yang hanya menggunakan nafsu untuk menghentam Islam sekuat-kuatnya,seperti laman blog di bawah
Andai kata blog sedemikian masih lagi wujud dan penulis tersebut merupakan warga asing,gunakanlah autoriti Malaysia sebagai pengerusi Organization of the Islam Conference (OIC) untuk memastikan penjenayah ini dapat dihadapkan ke muka pengadilan.
Akhirul kalam,tugas mengangkat Islam ini bukan sahaja di bahu mahasiswa jurusan agama,tetapi kepada sesiapa sahaja yang bergelar Muslim,maka janganlah kita terus mencemarkan diri kita dengan peribadi dan akhlak yang memburukkan imej Islam.
Wallhu A'lam
Sabtu, 9 Januari 2010
Allahu Rabbi...

Maafkan saya kerana sudah lama sangat menghilangkan diri...saya mengalami banyak kesibukan ketika ini.maklumlah apabila sudah hampir dengan peperiksaan akhir semester,pelbagai program pula yang datang beratur untuk saya hadir,sekarang ini ada empat tugasan yang perlu saya siapkan dan tarikh akhirnya adalah 22 januari ini,agak keletihan tetapi hakikatnya adalah untuk menjadikan saya mahasiswa yang berketrampilan dan menjadi pemimpin masyarakat pada masa hadapan.
Saya juga sempat untuk mengikut isu semasa iaitu isu penggunaan kalimah Allah oleh majalah The Herald yang menyaksikan hakim Lau Ban Lee yang membenarkan majalah tersebut untuk menggunakannya dan mendapat pelbagai reaksi yang mengundang kepada 1001 pendapat dan pandangan,ada yang sokong dengan alasan supaya nanti mereka akan dapat memasuki Islam.Ada juga yang menentang kerana untuk memastikan kesucian Allah itu terpelihara kerana ianya merupakan Rabb (Tuhan) kepada kita umat Islam.
Walaupun saya mendapati di negara-negara Arab dan Indonesia contohnya,mereka tidak menjadikan hal seperti ini sebagai isu,namun senarionya adalah berbeza dengan Malaysia yang menyaksikan adanya bangkangan dari pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan reaksi menteri-menteri hatta mantan perdana menteri seperti Tun Dr. Mahathir pun bersuara.Namun yang awal lagi bersuara ialah Menteri Besar Kelantan yang menyuarakan pandangan bahawa beliau sendiri masih risau kerana bimbang golongan paderi ini akan menjadikan "peluang" penggunaan kalimah "Allah" itu sebagai satu jalan mudah untuk mereka mengkristiankan masyarakat Islam di negara kita.
Walaupun agama samawi (agama yang turun dari langit) dapat menggunakan kalimah tersebut,namun mesti diingat bahawa agama samawi sekarang hanyalah Islam,bukannya kristian ataupun yahudi kerana mereka telah menyelewengkan kitab Taurat dan Injil dan ditukarkan kepada Bible.Mereka menolak kewujudan Nabi Muhammad S.A.W,maka layakkah mereka untuk digelarkan agama mereka sebagai agama samawi?
Saya masih ingat khutbah jumaat di Masjid Al-Azhar KUIS yang disampaikan oleh khatib yang bernama Ustaz Farid Ravi bin Abdullah yang menyatakan bahawa kita tidak boleh membenarkan kesucian Allah sebagai zat yang Agung kepada umat Islam dicemarkan dan menjadikan masyarakat kita keliru,kerana konsep ketuhanan bagi kristian ialah konsep triniti (3 tuhan dalam satu).
Adakah kita rela menjadikan Allah itu seperti "sandwich 3 lapis" seperti apa yang dibawa oleh fahaman golongan kristian?Sudah pastinya kita mahukan Allah itu satu kerana sifatnya bukanlah seperti makhluk,bahkan adalah Yang Maha Esa
"Katakanlah (Wahai Muhamad) Allah itu Esa,Allah tempat bergantung segala-galanya,tidak melahirkan anak dan tidak diperanakkah,dan tidak ada sesuatupun yang setaraf dengan-Nya"
"Kami redha Allah sebagai Rabb (Tuhan) kami,kami Islam sebagai deen (cara hidup) kami dan Nabi Muhamad adalah Nabi dan Rasul Kami"
Apatah lagi apabila ada pihak yang membakar gereja di ibu kota.Saya terfikir balik,mengapakah perkara seperti ini berlaku?Kalau tidak puas hati mengenai isu yang di bawa oleh The Herald,kenapa tidak digunakan kaedah yang menunjukkan Islam itu "Selamat"?
Dalam kita mempertahankan hak Islam sebagai sebagai agama yang suci,kita tidak boleh bersikap radikal terhadap penganut agama lain,kerana kita mesti bijak dalam mengklasifikasikan kafir harbi (kafir yang melawan Islam) dengan kafir zimmi (kafir yang selesa dengan Islam dan tidak memerangi Islam).
Kepada semua pembaca Islam,terima kasih kerana membangkang penggunaan kalimah "Allah" tetapi haruslah kita mengetahui batas-batas dalam perjuangan agar Islam dipandang tinggi dengan akhlak,bukan dengan keganasan.
Kepada pembaca bukan Islam khususnya kristian,saya mahukan anda faham kenapa penganut Islam tidak rela Allah ditigakan oleh kristian,kerana Allah itu bukanlah roti "sandwich 3 lapis",maka diharapkan agar semua pembaca bukan Islam mengertinya.
Sabtu, 2 Januari 2010
2010 dan azam baru
Bahkan mereka masih lagi mahu mengecam dunia Islam semampu mereka,kalau bukan dengan senjata,dengan menghanyutkan umat Islam dengan kelalaian dunia pun jadi,bak kata pepatah "kalau tiada rotan,akar pun berguna juga".
kerana itulah dengan penjajahan budaya yang semakin meningkat dan menjana budaya "hedonisme" (sukakan hiburan sehingga melampaui batas),boleh untuk saya katakan inilah jenayah penghapusan minda agama kelas pertama,bahkan senario ini adalah lebih teruk daripada genosid (penghapusan etnik) yang pernah melanda bosnia herzegovina satu ketika dahulu.
kerana itulah saya dan team admin blog "ar-risaalah" yang lain berharap agar perubahan ke arah kebaikan perlu dijana dari semasa ke semasa dan perlunya strategi yang tersusun agar perubahan yang dijana adalah perubahan yang terkesan,cuma kesannya itu sama ada sedikit ataupun banyak,setidak-tidaknya ini akan menjadi pembela kami apabila kami ke alam baqa' nanti.Inilah yang kami lakukan demi Islam.
Saya dan team admin blog "ar-risaalah" lain juga berharap agar semua pembaca menjadikan diri sendiri sebagai pemangkin kepada perubahan.setidak-tidaknya perubahan kepada diri sendiri agar iman menjadi lebih kukuh,amal lebih ikhlas,sedia untuk diuji dan seumpamanya.
namun jika anda ada inisiatif dan keinginan untuk melakukan perubahan kepada skala yang lebih besar daripada perubahan diri sendiri,penulis mengalu-alukannya kerana untuk membina masyarakat Islami dari pelbagai sudut memerlukan pendukung perubahan yang ramai.Gunakan kemudahan yang ada untuk usaha ke arah penyatuan ummat.Diharapkan juga agar kehadiran 2010 yang merupakan tahun baru dan dekad baru bagi abad ke-21 ini,kita perkemaskan diri dengan ilmu dan menguatkan azam tahun baru dengan kebaikan kerana melalui kaedah itulah kita dapat mengecapi nikmat hidup dan kita tidak kufur nikmat yang Allah kurniakan kepada kita.
saya mengaku saya bukanlah seorang pak Kiai yang alim,saya juga bukan seorang haji yang lengkap dengan ilmu,tetapi setiap manusia yang dilantik Allah untuk lahir ke bumi sebagai khalifah merupakan manusia yang hebat.kerana darjat kita adalah lebih agung dari malaikat.
"dan berkata Tuhannya kepada malaikatnya sesungguhnya aku akan menciptakan manusia di atas muka bumi,dan berkata (malaikat) kenapa mahu ciptakan mereka sedangkan mereka ini lebih suka untuk melakukan pecah belah dan menganiayai satu dengan yang lain,bahkan kami (malaikat) ini selalu mensucikanMu dan bersyukur serta beribadat kepadaMu,berfirman (Allah) sesungguhnya Aku lebih mengetahui apa yang kamu tidak tahu"
"Islam itu tinggi dan tiada yang lebih tinggi darinya"
Bermula dari saat ini saya menyeru kepad saya dan team admin blog "ar-risaalah" serta para pembaca agar menyokong kami,kami tidak mahukan duit dan sumbangan tetapi kami mahukan doa dan ulasan secara terbuka agar kami dapat merasakan bahawa perjuangan "dakwah melalui dakwat" ini benar-benar memberi kesan kepada ummat,Insya Allah...
Khamis, 31 Disember 2009
sambutan tahun baru 2010,ade kebaikan yang tersembunyi oleh pihak media arus perdana
sebenarnya agak kekok untuk saya menukilkan catitan pada kali ini sebab saya dalam keadaan tidak sihat dan masih mempunyai komitmen yang perlu dilangsaikan dalam tempoh terdekat ini,namun saya cuba untuk menukilkan sedikit sebanyak mengenai sambutan 2010.
sebenarnya KLCC,Dataran Merdeka dan Tasik Titiwangsa adalah kawasan yang sinonim dengan sambutan tahun baru pada setiap tahun.
saya secara peribadi tidak pernah ke tempat seperti itu pada malam tahun baru kerana tahun ini merupakan tahun pertama saya menjadi perantau di negeri orang dan masih ada banyak lagi yang tidak diterokai.
kalau diikutkan hati saya,hujung munggu ini saya mahu pulang ke kampung menyambut tahun baru dengan anak buah saya yang ke-12,namun ibu saya tidak membenarkannya dan saya masih ada komitmen yang masih tertunggak,maka lebih baik jika dilangsaikan tanggungjawab dengan sebaik mungkin.
apabila saya memikirkan mengenai sambutan tahun baru setiap tahun,yang saya nampak dalam minda saya ialah sambutan tahun baru yang mengagungkan budaya hedonisme khususnya kepada golongan belia dan ini yang menakutkan saya kerana apabila dikaitkan dengan sambutan tahun baru,akan adanya perbuatan sumbang yang menyakitkan mata,mencederakan hati serta menjadikan susah untuk menimba ilmu.
ونورالله لا يهدى للعاصي
(khabarkanlah dengan ilmu itu sebenarnya adalah cahaya,dan nur Allah tidak akan masuk jika dengan dosa)
dalam saya menyatakan mengenai sambutan tahun baru yang penuh dengan budaya hedonisme,ada segolongan manusia yang masih mahu memecah kebuntuan malam tahun baru dengan menggunakan malam tersebut untuk berdakwah,tetapi dilepaskan pandangan ini oleh media arus perdana
inilah buktinya:
|
Sabtu, 26 Disember 2009
lebih jahat dan lebih zalim dari yahudi
cuba anda bayangkan jika janin ini diberi kesempatan untuk hidup,apakah akan jadi kepadanya?kita tidak tahu boleh jadi jika janin ini diberi peluang untuk hidup dia akan menjadi pembangun ummat melalui pendidikan,jadi pakar perubatan dan saintis bertaraf dunia,ulamak terkenal yang muktabar,peniaga yang akan membayar zakat,pemimpin masyarakat yang akan melahirkan madani dan sebagainya.
tetapi kenapa janin yang pada fitrahnya adalah suci seperti kain putih ini dibuang pada ukuran 17cm di tepi jalan sahaja?
siapakah yang bertanggungjawab terhadap 1 nyawa yang melayang ini?kerana itulah Allah melarang perbuatan berzina.
jika ada pembaca blog ini yang merupakan golongan yang "tersalah pilih jalan kehidupan",selagi anda diberi hayat,anda masih lagi diberi peluang untuk bertaubat,pintu taubat Allah masih terbuka luas dan rahmat Allah tidak mengenal batas dan syarat
berfirman Allah dalam Al-Qur'an:
Saya berpesan kepada diri saya sendiri dan sahabat-sahabat pembaca supaya Allah menjaga hati kita supaya amal kita berada dalam redha-Nya,insya Allah...
sumber gambar : kerabubersuara.blogspot.com
Selasa, 22 Disember 2009
Kenapa hukum syariah di Malaysia susah nak dijalankan?

Setelah selesai membaca ruangan belakang yang menjadi kegemaran,saya membelek satu persatu ruangan utama yang menjadi liputan ramai dan mempunyai nilai berita yang tinggi.Namun tangan saya terhenti dari membelek akhbar ini pada halaman 14,satu isu yang telah dipinggirkan oleh seluruh rakyat Malaysia dan juga pernah mendapat perhatian dari Al-Jazeera,agensi berita utama dari negara teluk pada suatu ketika dahulu.Petikannya adalah seperti berikut.
kartika Sari Dewi Shukarno.
BILA HENDAK SEBAT ? - KARTIKA
IPOH - Model sambilan, Kartika Sari Dewi Shukarno, 32, merayu sekali lagi kepada Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP)supaya hukuman sebat ke atas dirinya dapat disegerakan setelah lima bulan menunggu.
Menurut Kartika Sari, akibat terlalu lama menunggu, segala urusan peribadinya termasuk kembali di sisi suaminya di Singapura terpaksa ditangguh.
"Pihak JAIP tidak pernah maklumkan apa-apa perkembangan" katanya ketika dihubungi KOSMO! semalam.
Kartika berkata, tindakan JAIP melengah-lengahkan pelaksanaan hukuman sebat tersebut sedikit sebanyak telah menyeksa nuraninya.
Akhbar semalam melaporkan JAIP masih gagal melaksanakan hukuman sebat terhadap Kartika biarpun sudah lima bulan keputusan dibuat.
Pada 24 Ogos lalu, Kartika Sari Dewi Shukarno sepatutnya dibawa ke Penjara Kajang,Selangor dari Ipoh bagi menjalani hukuman sebat kerana meminum arak tetapi ditangguhkan pada saat-saat terakhir.
Timbalan Menteri Dalam Negeri,Datuk Wira Abu Seman Yusop berkata, Jabatan Penjara telah mempunyai pegawai sebat dan hanya menunggu lampu hijau daripada Mahkamah Syariah.
Kartika Sari dijatuhi hukuman enam sebatan dan denda RM5000 oleh Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan pada 20 Julai lalu selepas mengaku bersalah meminum arak di sebuah pusat hiburan di Cherating pada 11 Julai 2008.
-KOSMO!
hukuman hudud yang berkaitan dengan kesalahan yang digazetkan dalam Al-Quran wajib dilaksanakan - Gambar Hiasan
Saya agak terkilan dengan mereka yang berkaitan dengan kes ini,kenapa sehingga sekarang adalah sukar untuk menjalankan undang-undang yang sedia ada?Sampai bilakah Malaysia akan terus seperti begini.Sedangkan pesalah sudahpun mengaku kesalahannya dan bersedia untuk berkorban undang-undang kerana dirinya yakin dengan pengakuannya akan membuka mata umat Islam di seluruh dunia amnya dan seluruh Malaysia khususnya.
Walaupun undang-undang syariah di negara kita tidaklah menepati syariah secara 100% namun pelaksanaan hukuman yang dipinta sendiri oleh pesalah adalah perlu memandangkan kesediaan Kartika untuk disebat.
Adakah ini merupakan satu percaturan oleh pihak tertentu supaya isu ini "disenyapkan" atas sebab politik?
Sabtu, 12 Disember 2009
Allahumma Ajirna Minannar (Sesungguhnya aku takutkan api neraka)

Tersesat di Kuala Lumpur,
Dosa dan pahala bercampur,
Tapi kita perlu hidup,
Kita perlu terus hidup...
itulah petikan dari sebuah lagu yang sering dimainkan di IKIM.fm suatu ketika dahulu...menceritakan tentang kehidupan kotaraya yang dipenuhi dengan kesibukan.
dalam kesibukan warga kota inilah lahirnya pelbagai ragam manusia yang tidak kenal dosa pahala...adakah aku ingin menyalahkan kemajuan disebabkan kemajuan yang merosakkan masyarakat?bukan kemajuan yang merosakkan masyarakat tapi sikap masyarakat yang suka untuk merosakkan diri sendiri disamping dengan sifat pemimpin yang tidak islamik.
pada coretan tinta kali ini saya bukan mahu mengkritik kepimpinan,tapi saya ingin menceritakan tentang rakusnya dan dhaifnya iman manusia apabila kemajuan yang sepatutnya dimanfaatkan sebaik mungkin tetapi manusia menyalahgunakan kemajuan.
"ingat nizam,semakin majunya dunia,semakin jahatlah manusia".
itulah ungkapan seorang "ustazah" yang pernah aku cintai ketika tingkatan 2 dahulu.walaupun kini kami tidak lagi berhubung,namun saya masih memegang nasihatnya itu,kerana ungkapannya ada benarnya jika kita perhalusi satu persatu.
kini,saya menuntut di institut pengajian tinggi (IPT) islam di zon tengah di Malaysia.walaupun di dalam kampus agak sukar utk lihat pakaian ketat diperagakan oleh golongan siswi,namun bila sahaja keluar dari pagar kampus dan meninggalkan tasik dalam kampus untuk urusan luar kampus,pelbagai karenah yang dapat dilihat.jika ada yang menyatakan "budak tepi tangga tu sebenarnya budak IPT Islam",pasti ada yang akan cakap "budak ni tak sedar diri".memang memalukan apabila ada masyarakat yang melabelkan mahasiswa satu IPT dengan saya ini sedemikian rupa,namun hakikat tidak dapat dinafikan,apatah lagi sebahagian besar mahasiswa satu bumbung dengan saya itu amatlah saya kenali wajahnya walaupun namanya tidak dikenali.
ceritanya begini(amboi,muqaddimahnya bukan main panjang,baru nak cerita?) hari ini (12/12/2009) lajnah kursus pengajian saya mengadakan program sukan boling di sebuah hypermarket di serdang,pada program itu saya dipilih sebagai ketua biro tajaan.yang saya hairannya,kewujudan program tersebut tidak disertakan dengan kerjasama pihak Jabatan Pembangunan Mahasiswa (JPM)."kenapa program nih korang tak lapor kat JPM?".tanyaku kepada pengarah program tersebut.jawabnya senang sahaja"sebab nanti tak nak buat susah.".saya hairan kenapa perkara tersebut berlaku?yang pasti saya berasa kurang enak di hati."pasti ada sesuatu yang buruk nih".bisik saya dalam hati.
ketika saya menunggu kereta api di stesen kereta api tanah melayu (KTM) bangi,saya keseorangan dan sedang menunggu kereta api untuk ke sana.kalau diikutkan hati,rasanya tak mahu pergi,lebih baik duduk dalam kampus,buat tugasan,belajar dan cuci baju,maklumlah mahasiswa selalunya malas cuci baju.lainlah mahasiswi,setiap malam bajunya dicuci.tetapi apa boleh buat,sudah dilantik untuk ketua biro tajaan,wajib pergi kata pengarah,apatah lagi diamanahkan untuk menggantikan slot kosong kerana seorang sahabat saya yang sepatutnya bermain boling pada hari ini tidak jadi ke sana kerana rumah ibu saudaranya buat sedikit kenduri.
ketika keringat meniti pipi dan jatuh ke tanah gersang,hati masih lagi memikirkan kenapa program yang menggunakan nama lajnah kursus yang saya pelajari tidak melakukan kerjasama dengan pihak JPM,kerana itu lebih memudahkan perjalanan.jam menunjukkan jarum pendek pada angka 11.tiba-tiba terlintas sekumpulan wanita berjubah.rupanya mahasiswi yang satu kursus dengan saya.untuk maklumatn pembaca,saya ini bukanlah mahasiswa yang mengambil kursus mengenai pengajian islam,saya mengambil kursus akademik sahaja,sudah pasti perangai course mate saya ade pelbagai ragam.
"alhamdulillah".bisikku dalam hati,tapi mataku tertatap kaki salah seorang darinya."seluar jeans dengan kasut converse?hebat!jubah dipadankan dengan seluar jeans dan kasut converse".ulasku dalam hati.namun ku masih ragu-ragu.rupanya mereka berempat masuk ke tandas.keluar sahaja mereka dari tandas."dah keluar belang dah!!!" "rupanya pakaian macam ape nih?IPT Islam?mane jatidiri nih?"itulah antara bisik hatiku.
mereka menyapa saya,namun saya hanya bagi respon ala kadar,kalau kat kampus memang saya agak mesra dengan mereka,tetapi saya seperti tersentak,inilah mereka yang sebenarnya.memang munafik budak nih.
saya abaikan mereka dan saya memilih untuk naik gerabak yang berbeza dengan mereka.bila sampai sahaja di tempat tersebut...Ya Allah!hebat tuan-tuan (suara ala akhil hayy).patutlah mereka tidak mahu program ini sampai ke telinga pihak atasan,rupanya program maksiat.bila baling bola dan bola tersebut "strike" ataupun masuk longkang,perempuan berubah jadi macam "anjing" yang melalak dan memekak tak tahu hala.maaflah andainya perumpamaan yang saya gambarkan itu amat memeritkan bagi sesetengah pihak.namun seperti yang saya maklumkan sebelum ini,realiti dan hakikat tidak boleh dipertikaikan.
bukan niat saya untuk menghina IPT yang saya berteduh dan membela nasib keluarga ini,bahkan bukan dosa IPT Islam ini untuk ditanggung kerana sikap sebahagian mahasiswa seperti ini.
cuma saya seperti bersalah ketika saya di sana,seperti saya tidak mampu melakukan apa-apa,saya selalu doa supaya saya dan semua pembaca tidak bersifat munafik seperti ini,kerana itu saya memilih untuk menulis artikel ini sebagai pengajaran kepada kita semua.
Wallahu a'lam
Jumaat, 11 Disember 2009
Perasmian Bulan Jihad Negeri Selangor 2009
BANDAR SERI PUTRA (4 DISEMBER 2009) : Institusi Pengajian Tinggi (IPT) Islam diharapkan akan dapat melahirkan ramai mahasiswa Islam yang beriman supaya pembangunan Islam dalam konteks Malaysia mencapai objektif yang diimpikan.
Perkara tersebut diluahkan oleh YB Dato’ Dr. Hassan bin Ali, Ahli Mesyuarat EXCO merangkap Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam negeri Selangor Darul Ehsan.
Beliau menyampaikan khutbah di mimbar Masjid Al-Azhar, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) sempena perasmian program Bulan Jihad peringkat negeri Selangor Darul Ehsan.
Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N17 Gombak Setia menegaskan bahawa pemilihan KUIS sebagai tempat perasmian Bulan Jihad negeri Selangor yang dianjurkan bersama Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) sudah pastinya mempunyai sebab yang kukuh.
“Pihak JAIS memilih KUIS sebagai tempat untuk perasmian Bulan Jihad sudah pasti ada sebab. Kerana di sinilah akan melahirkan mahasiswa Islam yang akan menyalakan api jihad ilmu dalam kalangan masyarakat setelah mereka bergelar sebagai graduan nanti.”
“Namun untuk melahirkan mahasiswa yang menyalakan api jihad dalam kalangan masyarakat mereka, semua pihak perlu membanting tulang demi mencapai tujuan itu. Rektornya, timbalan rektornya, dekan-dekan, ketua-ketua jabatan, semua pensyarah dan semua warga KUIS perlu menjadikan IPT Islam ini sebagai tempat untuk melahirkan mujahidin-mujahidin demi memajukan Islam dan Malaysia”
Setelah selesai menunaikan solat jumaat yang diimami Ustaz Nasharudin Mat Isa, Ahli Perlimen Bachok, majlis perasmian Bulan Jihad dijalankan di dalam Masjid Al-Azhar. Turut hadir sama pada majlis tersebut ialah Prof. Dato’ Adanan bin Isman, Rektor KUIS, Ustaz Farid Ravi Abdullah, penceramah bebas merangkap nazir Masjid Al-Azhar, Pengarah JAIS, Dato’ Mohammed Khusrin Munawi dan dif-dif kehormat yang lain.
Perasmian Bulan Dakwah diserikan lagi dengan pidato dari adik Amin Al-Hadi, 5, yang menyampaikan pidato yang berkaitan dengan matlamat kehidupan manusia diwujudkan yang mencuit hati para hadirin yang memenuhi Masjid Al-Azhar.
Menurut salah seorang mahasiswa KUIS, Saifulnizam bin Muhamad, beliau mengharapkan agar program Bulan Jihad ini dijalankan dengan lancar dan menjadi program tahunan di Selangor serta menjadi contoh kepada negeri lain di Malaysia.
“Diharapkan juga agar melalui program ini golongan bukan Islam di Selangor khususnya dapat mengenali konsep jihad yang ditekankan dalam supaya tidak timbul kefahaman ‘Islamophobia’ dalam kalangan masyarakat berbilang kaum di Malaysia” ujarnya.
Isnin, 16 November 2009
Kenapa Pula?!
Muazzin: Assalamualaikum.
Ustaz: Waalaikumussalam.
Muazzin: Maaf, saya nak tanya sikit. Saya perhati tadi, awak tak sebut ‘sayyidina’ semasa sebut nama Nabi (SAW) dalam selawat masa tasyahhud. Betul ke?
Ustaz: Ya, kenapa?
Muazzin: Bagi saya orang yang tak sebut ‘sayyidina’ tu kurang ajar.
Ustaz: Kurang ajar?
Muazzin: Ya, ada ke sebut nama Nabi (SAW) boleh tak sebut ‘sayyidina!’ Kenapa berat sangat lidah kamu nak sebut ‘sayyidina?’
Ustaz: Pak cik, saya tak sebut ‘sayyidina’ tu dalam tasyahhud saja Dalam selawat lain, saya sebut je. Sebabnya, saya baca dalam hadis, Nabi (SAW) tak ada sebut ‘sayyidina’ dalam selawat tasyahhud. Saya ikut hadis tu je.
Muazzin: Ikut hadis konon. Takkan Nabi (SAW) nak sebut kat diri dia sendiri? Malulah dia.
Ustaz: (Termenung seketika). Kalau begitu, pak cik pun kurang ajar juga.
Muazzin: Kenapa pula?
Ustaz: Sebab pak cik masa bang tadi pun mana ada sebut ‘asyhadu anna sayyidina Muhammadar Rasulullah?’
Muazzin: Aik?! Masa bang mana boleh tambah-tambah?
Ustaz: Eh, kalau masa selawat boleh tambah, masa bang pun boleh tambah juga la.
Muazzin: Mana boleh, masa bang mana boleh tambah. Mana boleh. Mana boleh. (Mengeleng-elengkan kepala).
Ustaz: Takkan tak boleh, nanti jadi kurang ajar pula.
Muazzin: Bang ni bukan boleh main-main, mana ada boleh tambah-tambah. Salah!
Ustaz: Dah, samalah macam selawat dalam tasyahhud tu. Itu pasal saya tak tambah.
…………………….
Sekian.
Cerita ini adalah hasil ubah suai kisah yang diceritakan oleh Dr. Asri Zainul Abidin.
Tujuan cerita ini disiarkan di sini bukanlah untuk membantah sahabat-sahabat yang berpendapat bahawa tambahan ‘sayyidina’ adalah mesti dalam selawat Ibrahimiyyah iaitu selawat yang lazim dibaca pada akhir tasyahhud akhir. Cuma, sekadar sindiran buat mereka yang tidak habis-habis berbalah berkenaan soal-soal yang remeh-temeh sebegini. Sepatutnya, apabila amalan yang kita amalkan sekarang bertembung dengan amalan orang lain, kita kena semak dulu yang mana lebih tepat. Jika tidak mampu nak semak kerana keterbatasan ilmu, masa, dan tenaga, jangan mudah-mudah tuduh-menuduh orang lain dengan tuduhan ‘Wahabi’ dan ‘Kaum Muda’ kerana mereka juga berpegang dengan pendapat-pendapat yang dikeluarkan oleh ulama-ulama besar terdahulu.
Berlapang dadalah kita apabila menghadapi pertembungan pendapat dan amalan serta bersatu padulah dalam berkerjasama apabila bersependapat dalam sesuatu perkara. Bukankah di sana jutaan musuh sedang mengatur strategi dan tipu muslihat untuk menyerang kita bahkan mereka sudah pun menyerang kita tanpa kita sedari. Ketahuilah, antara strategi musuh Islam ialah memecah belahkan perpaduan dan menimbulkan perseteruan antara kita sesama kita.
Sesungguhnya, mereka yang mengaku Ahli Sunnah itu ramai namun mereka yang betul-betul mengamalkan sunnah bersatu berjemaah amat kurang. Hentikan tuduh-menuduh. Hentikan cerca-mencerca. Hentikan fitnah-menfitnah. Bersatulah di bawah panji al-Quran dan sunnah; qiyas dan ijmak!
Ahad, 15 November 2009
Oleh: Muhammad Hanief Awang Yahaya
(darulkautsar.com)
Penulisan artikel bertajuk ‘Tiada Kaitan Antara Hadis Pelepah Tamar Dan Konsep Menghadiahkan Pahala Kepada Si Mati’ yang disiarkan laman al-ahkam.net pada tarikh 7 September 2007 bukan sekali-kali untuk berkeras dalam perkara khilafiah yang tidak mendatangkan faedah atau kes yang perlu ditutup failnya. Inilah yang didakwa oleh al-Fadhil al-Bakistani dalam responnya terhadap artikel penulis dengan tajuk ‘Pelepah Tamar Dan Baca Al Quran: Imam Al-Qurtubi Kata Ada Kaitan’.
Sesiapa yang mengikuti dengan serius displin pengajian Islam terutamanya hadis atau fiqh perbandingan, persoalan khilafiah masih perlu dibahaskan secara ilmiah dan adil dengan berasaskan kepada dalil-dalil yang sabit dan pendalilan yang kemas. Apa gunanya kita menutup perbahasan khilaf sedangkan para ulama terus membincangkannya dengan mengemukakan dalil dan pendekatan masing-masing. Perbincangan sebegini sebenarnya satu perkembangan positif di mana kita dapat mengesan kaedah-kaedah yang digunakan oleh para ulama sekali gus melatih orang-orang kemudian bagaimana berbicara tentang hukum. Di situlah terserlah kehebatan ilmu-ilmu Islam yang tiada tolak bandingnya terutamanya usul hadis, Usul fiqh dan Qawa’id Fiqhiyyah. Oleh itu, menutup pintu perbahasan khilafiah adalah satu pendekatan yang tidak akedemik. Ulama yang menulis kitab-kitab ensklopedia tafsir, hadis, fiqh terus mengemukakan persoalan khilaf kerana itu merupakan sendi dan teras kepada pengajian Hadis dan Fiqh.
Sebelum pergi lebih jauh perlu sekali kita mengingatkan usul yang dikemukakan oleh al-Qur`an dalam masalah khilafiah. Allah s.w.t.:
فَإِنْ تَنَازَعْتُمْ فِي شَيْءٍ فَرُدُّوهُ إِلَى اللَّهِ وَالرَّسُولِ إِنْ كُنْتُمْ تُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآَخِرِ ذَلِكَ خَيْرٌ وَأَحْسَنُ تَأْوِيلًا
Jika kamu berselisih pendapat dalam sesuatu perkara maka hendaklah kamu kembalikannya kepada Allah dan Rasul-Nya jika kamu benar-benar beriman dengan Allah dan Hari Akhirat. Yang demikian itu lebih utama dan lebih baik akibatnya. (al-Nisa’: 59)
Dalam ayat ini, Allah s.w.t. memberi kebenaran untuk membicarakan persoalan khilafiah tetapi dengan syarat mengembalikan pokok persoalan kepada rujukan yang ditinggalkan oleh Rasulullah s.a.w., iaitu al-Qur’an dan al-Sunnah. Jika terdapat perkara yang menjadi perselisihan pendapat dalam masyarakat, maka satu-satunya jalan untuk menyelesaikannya ialah dengan berpandukan kepada kedua-dua smuber tersebut.
Persoalan khilaf itu sendiri terlalu umum. Sekiranya khilaf dalam masalah fiqh iftiradhi (fiqh andaian tentang sesuatu yang belum muncul) maka itu sememangnya tidak perlu disentuh kerana ianya belum berlaku. Begitu juga khilaf antara dua perkara yang sunat dan manakah antara kedua-duanya itu yang lebih afdhal maka itu perlu dibincangkan mengikut keperluan dan dalam suasana yang tidak tegang. Umpamanya di manakah tangan perlu diletakkan semasa qiyam. Bagaimanapun perbahasan secara ilmiah dan bermetodologi dalam perkara seperti ini amat dialu-alukan kerana ia merupakan asas kepada pembinaan bakat dalam membicarakan hukum-hukum (malakah fiqhiyyah ijtihadiyyah).
Sewajarnya disedari bahawa khilaf di kalangan ulama fiqh itu sendiri ada dua, khilaf tanawwu’ (khilaf kepelbagaian)dan khilaf tanaqudh (saling bercanggah). Jenis yang pertama merujuk kepada keluasan seseorang itu memilih di antara pelbagai pendapat kerana kesemuanya itu harus baginya seperti dalam kes kedudukan tangan semasa qiyam. Dalam hal ini, Imam al-Tirmizi memilih untuk mengatakan ada pilihan untuk mengikuti mana-mana pendapat. Jenis yang kedua pula merujuk kepada dua pendapat yang memberikan hukum yang saling bertentangan, antara sah dan batal.
Pada pandangan penulis, khilafiyyah yang dikatakan wujud dalam masalah meletakkan pelapah tamar di atas kubur lalu dikaitkan faedahnya kepada si mati adalah termasuk dalam jenis yang kedua, iaitu khilaf tanaqudh. Ini bererti seseorang itu mestilah memilih salah satu sahaja daripada pandangan ulama yang lebih hampir dengan nas, kaedah usul fiqh dan usul hadis serta maqasid Syariah iaitu matlamat Syariah dalam hukum-hukumnya kepada manusia. Berasaskan kepada ini, penulis merasa amat keberatan untuk menerima pandangan Imam al-Qurtubi yang menggunakan qiyas dalam masalah tasbih pelepah tamar dengan membaca al-Qur`an kepada mayat. Ini kerana sekian ramai ulama yang tidak bersetuju dengan pandangannya. Amat tidak wajar kita mengenepikan pandangan tokoh-tokoh lain seperti al-Maziri, Qadhi Iyadh, al-Khattabi, al-Tartusyi, Yusuf al-Binori, Taqi Uthmani dan lain-lain yang mengatakan bahawa perbuatan Rasulullah s.a.w. dalam hadis tersebut adalah keistimewaan baginda dan tidak boleh diqiyaskan kepada orang lain. (al-Mu’lim Bi Fawa`id Muslim, jil. 1, hal. 244, Ma’arif al-Sunan Syarh Jami’ al-Tirmizi, jil. 1, hal. 265, Dars Tirmizi, jil. 1, hal. 285, Hasyiah al-Badr al-Sari Ila Faid al-Bari, jil. 1, hal. 311)
Ini tidak bererti seseorang itu menganggap penulis memperkecilkan Imam al-Qurtubi, seorang tokoh utama dalam tafsir dan hadis. Kewibawaan beliau dalam bidang tafsir tidak boleh dipertikaikan sama sekali. Jauh sekali untuk menuduhnya dengan tomohan karut. Daripada ulama terdahululah kita mendapat ilmu dan pemahaman. Tetapi ini tidak bermakna apabila pendapat itu datang dari seorang tokoh kita mesti terikat dengannya sehingga tidak boleh menerima pandangan yang lain. Sikap sebegini tentu sekali tidak akan membina keperibadian berilmu.
Faktor lain mendorong penulis membahas masalah ini ialah sejarah khilaf itu sendiri. Sesuatu perkara yang dikatakan khilaf itu sewajarnya diketahui sejarah khilafnya di kalangan ulama. Sebagai contoh masalah batal wuduk kerana menyentuh kemaluan merupakan perkara khilaf yang berlaku sejak dari zaman sahabat dan tabi’in lagi dan tentunya berlanjutan hingga ke zaman imam-imam mujtahidin seterus hingga ke hari ini. Satu jenis khilaf lagi, perkara yang menjadi khilaf hanya di kalangan ulama kemudian dan tidak dibahaspun oleh sahabat dan tabi’in. Termasuk dalam kategori ini qiyas masalah tasbih pelepah tamar dengan membaca al-Qur`an kepada mayat. Menurut Mufti Taqi ‘Uthmani, pengarang Takmilah Fath al-Mulhim Bi Syarh Sahih Muslim, tidak pernah dinukilkan daripada Ibn ‘Abbas dan Jabir (dalam Sahih Muslim) yang merupakan perawi hadis ini bahawa mereka mengatakan memacakkan pelepah tamar itu dapat meringankan azab kubur. (Dars Tirmizi, jil. 1, hal. 286). Penulis telah menegaskan dalam artikel ‘Tiada Kaitan Antara Hadis Pelepah Tamar Dan Konsep Menghadiahkan Pahala Kepada Si Mati’ bahawa wasiat Buraidah itu, bukan untuk meringankan azab kubur tetapi kerana semata-mata mengikuti sunnah Rasulullah s.a.w. kerana baginda pernah meletakkan belahan pelapah tamar di atas kubur. Bagaimanapun timbul juga kemusykilan, kalau benar kerana mengikut sunnah mengapa beliau tidak memacak sendiri tetapi mewasiatkan kepada orang lain? Oleh itu, kita mengatakan kecenderungan Buraidah itu tidak boleh dijadikan hujjah. Sebab itulah, Ibn ‘Umar menegaskan hanya amalan yang dapat melindungi seseorang. (Sahih Al-Bukhari, Kitab al-Jana`iz, Bab al-Jarid ‘Ala al-Qabr.)
Berdasarkan kepada ini tidak timbul khilaf di kalangan sahabat kerana mereka sendiri mengakui bahawa Rasulullah s.a.w. hanya memacak dua kuburan itu atau satu lagi kubur seperti yang disebutkan dalam hadis Jabir yang panjang yang diriwayatkan oleh Imam Muslim. Ini bagi ulama yang mengatakan itu dua peristiwa yang berlainan. Tetapi bagi ulama yang mengatakan itu adalah peristiwa yang sama, bermakna hanya dua kubur itu sahaja baginda memacak belahan pelepah tamar.
Pada pandangan penulis, pendapat yang mengatakan boleh diqiyas masalah tasbih pelepah tamar dengan membaca al-Qur`an kepada mayat bermula di zaman selepas imam-imam mujtahidin. Berdasarkan kepada tahun kewafatan, penulis cenderung berpendapat bahawa al-Qurtubi (wafat 671H) dan Ibn Daqiq al-‘Iid (wafat 702H) adalah ulama yang mula-mula mempopularkan pandangan ini. Tambahan pula mereka berdua adalah sezaman. Pandangan al-Qurtubi ini boleh disemak dalam al-Tazkirah Fi Ahwal al-Mauta dan tafsirnya, al-Jami’ Li Ahkam al-Qur`an. Manakala pandangan Ibn Daqiq al-‘Iid dapat dirujuk dalam Ihkam al-Ahkam Syarh ‘Umdah al-Ahkam.
Seperkara lagi, Imam al-Bukhari yang mengemukakan athar Buraidah dan Ibn ‘Umar cuba mengisyaratkan bahawa hadis pelepah tamar hendaklah difahami sebagai khususiyat Rasulullah s.a.w. di mana cara penafsiran Ibn ‘Umar itu menunjukkan tiada usaha yang dapat menolong si mati melainkan iman dan amalan yang diusahakannya semasa hidup. Seolah-olah Imam Bukhari cuba menyekat penggunaan qiyas dalam masalah ini dengan hujah khusisiyyat Rasulullah s.a.w.. Jika diperhatikan, Imam al-Bukhari lahir pada tahun 194H dan meninggal pada 256H. Satu jarak masa yang amat jauh dengan al-Qurtubi dan Ibn Daqiq al-‘Iid.
Selain itu, tajuk bab yang dibuat oleh Bukhari itu perlu difahami dengan kesemua juzuk-juzuk. Tidak boleh hanya melihat juzuk Bab al-Jarid ‘Ala al-Qabr (Bab Meletakkan Pelepah Di Atas Kubur) lalu menyimpulkan Imam Bukhari mengatakan harus atau sunnat berbuat demikian. Al-Bukhari mempunyai maksudnya apabila menjadikan athar Buraidah dan Ibn ‘Umar itu sebahagian daripada tajuk bab ini. Oleh kerana itu, al-‘Aini mengatakan tujuan Imam al-Bukhari mengemukakan athar daripada Ibn ‘Umar untuk menyatakan perbuatan Rasulullah s.a.w. memacakkan pelapah tamar adalah khusus dengan kedua-dua kubur itu tidak yang lain. (‘Umdah al-Qari Syarh Sahih al-Bukhari, juz. 8, hal. 264) Oleh itu, kitab Sahih al-Bukhari tidak hanya dilihat pada hadis-hadisnya sahaja tetapi hendaklah diberi perhatian kepada tarjamatul bab (tajuk-tajuk bab) kerana di situ terserlah ketokohan Imam al-Bukhari dalam bidang hadis dan seterusnya melatih para pelajar Sahih al-Bukhari menyimpulkan hukum daripada hadis. Hafiz Ibn Hajar menyebutkan, kefaqihan al-Bukhari pada tarjamutul bab sahihnya.
Faktor ketiga kepada dibangkitkan persoalan hadis pelepah tamar ialah melihat kepada kesan yang amat negatif yang timbul kerana memahami hadis ini dengan tidak mengikut kaedah sahabat dan tokoh-tokoh hadis yang terdahulu. Kesan negatif itu ialah bercambahnya perkara bid’ah dalam masyarakat. Hal ini sebenarnya telah dibangkit oleh al-Khattabi di dalam kitabnya Ma’alim al-Sunan Syarh Abi Daud. (jil. 1, hal. 18) Kalau dapat dijadikan satu kronologi secara umum bagi pendapat-pendapat yang timbul kerana pemakaian qiyas dalam perkara ini:
1. Menafikan khususiyat Rasulullah s.a.w. dalam perkara ini kerana pelepah tamar dapat bertasbih bagi orang mati.
2. Sesiapa sahaja boleh bertasbih dan membaca al-Qur`an untuk mereka yang berada di dalam kubur ya’ni dengan membaca di atas kubur kerana alasan manusia yang membaca al-Qur`an lebih mulia daripada pelepah tamar.
3. Timbulnya amalan menunggu kubur dengan tujuan membaca untuk si mati.
4. Dibolehkan membaca al-Qur`an kepada si mati di mana sahaja dengan syarat meniatkan kepada si mati.
5. Mengkhususkan tahlil dan bacaan al-Qur`an di rumah si mati dengan bilangan malam tertentu untuk tujuan menghadiahkan pahala tahlil.
6. Mengharuskan menyampaikan pahala bacaan al-Qur`an kepada si mati dengan syarat tanpa apa-apa bayaran.
7. Diharuskan menerima duit sebagai hadiah bukan upah.
8. Bayaran diterima sebagai hadiah tetapi hasil aqad ji’alah (janji pembayaran kerana sesuatu perbuatan).
9. Menggantikan pelepah tamar dengan pelepah kelapa kerana dianggap mempunyai sifat yang sama.
10. Menanam pokok bunga kerana sifat hidup yang ada padanya lebih daripada pelepah yang akan kering. (mengaplikasi qiyas awlawi??)
11. Menabur bunga-bunga di atas kubur.
12. Bunga plastik sebagai ganti bunga asli kerana tidak tahan lama.
13. Meletakkan anak batu kerana sifatnya yang tidak akan mudah mati.
14. Memasang kelambu dan lampu, ini dapat dilihat dengan meluas di India dan Pakistan yang merupakan amalan golongan Breluwi.
15. Mengadakan jamuan arwah untuk menghadiahkan pahala kepada si mati.
16. Penawaran pakej bacaan al-Qur`an kepada si mati dengan beberapa kali khatam dengan bayaran tertentu.
17. Khatam al-Qur`an untuk beberapa orang meninggal dunia serentak dengan satu niat.
18. Dan macam-macam lagi.
Perkembangan pendapat-pendapat di atas berpunca daripada qiyas yang tidak tepat. Jika dibiarkan berlanjutan, tentu sekali rupa sebenarnya kita dan agama kita tidak dapat dikenali. Apa yang disebutkan di atasa bukanlah rekaan tetapi itulah sebenarnya realiti umat kita hari ini yang mendakwa mahu mendaulatkan Islam. Lihat sahaja di Pakistan, bagaimana kubur-kubur dihiasi dengan bunga dan kelambu oleh golongan Breluwi. Di Malaysia, tanahair kita sendiri, rata-rata tanah perkuburan mengalahkan taman bunga. Pada hemah penulis, Imam al-Qurtubi sendiri tidak memaksudkan supaya terjadi demikian. Bagaimana dapat dibayangkan sekiranya beliau hidup pada zaman ini pasti beliau akan terkejut besar kerana betapa kreatifnya umat akhir zaman mengaplikasikan qiyas!
Oleh kerana itu, Sheikh Yusuf al-Binori dalam kitabnya, Ma’arif al-Sunan Syarh Jami’ al-Tirmizi, jil. 1, hal. 265 menegaskan perbuatan mesti ditegah. Beliau menulis: “al-Khattabi, Qadhi ‘Iyadh dan al-Tartusyi sepakat menegah perbuatan ini (meletakkan pelepah di atas kubur), pendapat mereka itu lebih wajar diikuti di mana tolak ansur dan alasan-alasan seperti itu telah menjadi pencetus kepada bid’ah-bid’ah munkar dan fitnah-fitnah yang berleluasa. Anda dapati orang ramai meletakkan bunga di atas kubur khususnya kubur orang-orang soleh dan wali-wali. Orang-orang jahil di kalangan mereka terus menerus melakukannya dan bersikap melampau. Saya telah menjelaskan bahawa itu adalah berpunca daripada kepercayaan-kepercayaan mereka yang karut yang tidak bertentangan syariat yang suci. Mereka menyangka untuk adalah sebab kepada pahala yang melimpah. Oleh itu, maslahah syariat menghendaki perkara itu ditegah sama sekali dengan dicabut bid’ah itu sehingga dari akar umbi dan dihapuskan perkara-perkara munkar yang direka-reka.”
Merujuk qiyas yang dikatakan sebagai qiyas awlawi adalah tidak tepat kerana semata-mata munasabah (kesamaan dan relenvesi) antara sifat yang ada pada asal dan furu’ tidak menjadikan sifat itu sah sebagai ‘illah. Bukan semudah itu sesuatu sifat munasib boleh menjadi ‘illah kerana ia mempunyai beberapa syarat yang agak ketat (takhrij al-manat, tanqih al-manat dan tahqiq al-manat). Penulis merasakan tidak perlu diperpanjangkan tulisan ini dengan membincangkan kerana khuatir akan menjadi agak teknikal. Ketepatan qiyas Imam al-Qurtubi sewajarnya dibandingkan dengan syarat-syarat qiyas dan masalik al-‘Illah (pencarian ‘illah) yang dikemukakan oleh Imam al-Ghazzali dalam al-Mustasfa dan Syifa` al-Ghalil, al-Syatibi dalam al-Muwafaqat, al-Syaukani dalam Irsyad al-Fuhul dan kitab-kitab usul lain, di samping kitab tokoh semasa yang agak mudah difahami seperti Abu Zahrah dan al-Zuhaili.
Dengan mengambil kira kesan negatif sesuatu pendapat, semestinya ahli ilmu mengkaji sedalam-dalamnya kesan hukum sebelum mengenengahkan dalam masyarakat. Sebagaimana keadaan semasa dan setempat mempengaruhi perubahan pendapat hukum, demikian juga sesuatu pendapat hukum itu boleh mempengaruhi perubahan masyarakat. Satu kekurangan di kalangan kita ahli agama kebelakangan ini ialah tidak mengambil kira impiklasi sesuatu pendapat dalam masyarakat. Iaitu apa yang boleh disebutkan sebagai sosiologi hukum, hubungan timbal balik antara masyarakat dan pendapat hukum.
Ulama kita sebelum ini amat mencermati dalam mengaplikasi pendapat yang tercatat dalam kitab-kitab. Contoh yang mudah ialah masalah batas aurat mahram perempuan di hadapan saudara lelaki ialah pusat dan lutut. Tetapi tidak ada yang mendedah bahagian dada kepada sesama perempuan apatah lagi kepada mahramnya. Walaupun ianya disebutkan di dalam kitab-kitab fiqh, ulama tidak menerima sebulat-bulatnya kerana melihat kesan yang buruk yang mungkin timbul. Contoh yang sama juga dapat dilihat apabila ulama tidak memakai pendapat yang mengatakan lelaki boleh melihat perempuan yang hendak dipinanginya sehingga ke paras dada. Ini juga tersebut dalam kitab tetapi ulama lebih melihat kepada kesan dan akibat pendapat hukum (ma`al) bukan hanya melihat ianya terdapat dalam kitab sahaja.
Sebaliknya, apabila dipopular pendapat ‘kuasa wali boleh dipindahkan kepada hakim kerana keluar sehingga jarak musafir’ maka timbul isu perkahwinan lari yang memberi impak yang buruk kepada umat Islam di mata orang lain. Ini secara khususnya mengugat keutuhan sistem wali dalam perkahwinan seterusnya memperkecilkan kedudukan bapa yang menjadi ketua keluarga.
Dalam hal ini, sekiranya kita masih lagi mempopularkan pendapat yang mempunyai kesan yang negatif dalam masyarakat, beberapa gejala songsang yang akan menimpa masyarakat kita. Pertama, orang kaya akan bergantung kepada upah bacaan al-Qur`an daripada hafiz-hafiz dan lebai-lebai. Dengan ini, agama hanya menjadi monopoli dan milik orang kaya. Kedua, hafiz-hafiz akan mengambil kesempatan daripada masyarakat untuk mendapat habuan dunia atas alasan khilaf fiqhiy. Ketiga, umat tidak bersungguh-sungguh dalam amalan ketaatan kerana ada jaminan pengiriman pahala untuknya selepas meninggal dunia.
Kesemua perkara di atas amat bertentangan dengan ruh al-Qur`an dan al-Sunnah serta Maqasid Syariah. Malah tempat sunnah telah diambil alih oleh bid’ah. Apakah Islam akan terdaulat dalam keadaan bid’ah tersebar luas di kalangan umatnya? Satu persoalan besar yang tidak boleh dipinggirkan dalam agenda kita.
Semoga kita sentiasa mendapat hidayat dan taufiq daripada Allah s.w.t.
