Semaklah Darjat Hadis di Sini



بحث عن:

Jumaat, 18 September 2009

Agenda Pengkhususan

Kejayaan sesuatu misi antaranya bergantung kepada sejauh mana organisasi itu mampu menyusun strategi mereka. Semakin terancang tindakan mereka, semakin baiklah natijah yang mereka peroleh. Umat Islam pun memerlukan sebuah organisasi yang bergerak dengan penuh teratur dan sistematik. Memang sesuatu yang memalukan, kaum Musyrikin mampu menyediakan gerakan yang hebat tersusun rapi seperti Freemasonry, Lions Club, Rotary Club, dan lain-lain yang tidak mampu diadakan oleh umat Islam.

Maka, adalah dicadangkan supaya organisasi ini mengadakan pembahagian pengkhususan mengikut bidang dalam kalangan anggota. Gambaran cadangan ini ialah penubuhan fakulti-fakulti pelbagai bidang ilmu di universiti dan kementerian-kementerian dalam sesebuah negara. Dengan kata lain, pemilik pengkhususan diibaratkan seperti dekan sebuah fakulti atau menteri sebuah kementerian.
Antara tujuan dan kebaikan pelaksanaan cadangan ini ialah:
1. Anggota dapat fokus kepada sesuatu skop. Hal ini dapat mengelakkannya daripada sibuk dengan terlalu banyak perkara.
2. Pengkhususan kepada sesuatu skop dapat menambahkan mutu sesuatu penghasilan.
3. Anggota yang dikhususkan dalam sesuatu perkara akan lebih pakar dalam bidang tersebut sehingga mampu menjadi tempat rujukan.
4. Wujud kerjasama antara anggota dalam melaksanakan sesuatu tugas kerana setiap bidang pengkhususan saling memerlukan antara satu sama lain.
5. Terhindar daripada sikap saling berharap sesama sendiri yang sentiasa membantutkan sesuatu kelancaran perkerjaan.
6. Organisasi lebih tersusun dan bersistematik sehingga gagah untuk menempuhi cabaran yang lebih besar pada masa mendatang.
7. Anggota bebas mengendalikan bidang pengkhususan masing-masing dan dilatih untuk mampu berdikari.
Sebelum membincangkan kaedah pelaksaaannya, eloklah diterangkan tugas-tugas umum berkaitan pengkhususan ini bagi anggota secara umum:
-Menyediakan jawapan terhadap sesuatu soalan atau permasalahan sama ada dengan melakukan penyelidikan sendiri atau terus bertanyakan kepada pakar.
-Mengadakan kajian dan penyelidikan dalam bidang pengkhususan.
-Menyebarkan penemuan atau berita baru berkaitan bidang pengkhususan kepada anggota lain.
-Menyediakan artikel atau makalah untuk dimuatkan dalam blog atau bahan cetakan.
-Membantu anggota lain dalam perkara yang mempunyai kaitan dengan skop pengkhususan.
-Menyelesaikan tugasan-tugasan yang berkaitan yang akan diberikan oleh pengerusi.

Dalam mesyuarat pada 18 Ramadan 1430 bersamaan 8 September 2009 (melibatkan anggota bersekutu: (yang lima; Shakir, Izzat, Junaid, Umar, dan Zulfadhli)), beberapa skop bidang pengkhusan yang dicadangkan iaitu:
1. Akidah; Syiah.
2. Sirah dan sejarah (tarikh) umat Islam.
3. Hadis dan syariah (fiqh).
4. Bahasa dan sastera.
5. Dakwah.

Setelah difikirkan semula, skop-skop bidang di atas belum sempurna dan perlu dikaji semula. Hal ini berlaku kerana:
- Skop perkhususan terlalu luas sehingga nampak membebankan.
- Pengkhususan hadis dan syariah perlu diasingkan kerana hadis dengan syariah mempunyai perbezaan yang agak ketara. Bidang hadis melibatkan pengkajian kesahihan darjat hadis dan fikahnya yang kadang-kadang tidak terlibat secara langsung dengan bidang fikah (syariah). Contohnya, fikah (istinbath yang didapati dalam…) hadis-hadis akhir zaman tidak terlibat dengan fikah dalam kitab-kitab fiqh. Lagipun, hadis dan syariah masing-masing merupakan bidang yang besar.
- Masih ada banyak skop yang tidak terdapat dalam senarai skop di atas seperti yang akan dinyatakan di bawah nanti.
- Anggota-anggota (walaupun bukan ahli jemaah) seperti Wan Nur Izzati (tahun dua Diploma Undang-undang Universiti Darul Iman), Syed Najwan, Wan Abdul Bai’ts, Afif bin Badrol (Jordan), Nurul Huda binti Mamat (tahun satu Diploma Ilmu Wahyu dan Warisan Islam, UIAM), dan lain-lain boleh diajak menyertai program pengkhususan.
Antara skop yang tidak dinyatakan di atas ialah:
1. Al-Quran dan ilmu-ilmunya.
2. Politik.
3. Isu-isu semasa/ perkembangan dunia terkini.
4. Biografi ulama/ thabaqat/ dan pengetahuan kitab.
5. Perubatan
6. Sains dan teknologi
7. Akhlak dan tasawwuf
8. Undang-undang.
9. Taqrib.

Maka, adalah dicadangkan keputusan mesyuarat tadi (18 Ramadan) dipinda. Antara cadangan baharu ialah:
1. Setiap bahagian pengkhususan dipanggil: qism (bahagian), manakala setiap pecahan di bawah qism dipanggil syu’bah (pecahan). Pengendali atau pemegang syu’bah dipanggil pengerusi syu’bah atau panel.
2. Gabungan anggota syu’bah sama ada anggota bersekutu atau tidak bersekutu dinamakan Gabungan Kepakaran Mahasiswa Islam Antarabangsa dengan singkatan GEMA.
3. Setiap anggota bersekutu diwajibkan memilih 10 syu’bah yang mana setiap satu syu’bah merupakan pecahan qism.
4. Setiap anggota digalakkan mengadakan organisasi sendiri lebih-lebih jika diperlukan. Contohnya, Qism Bahasa Syu’bah Sastera iaitu syu’bah yang melibatkan penerbitan karya-karya kreatif perlu menubuhkan jawatankuasa yang mengendalikan proses penyuntingan dan penerbitan.
5. Syu’bah yang dipegang boleh diserahkan kepada ahli bersekutu atau tidak bersekutu sekiranya mempunyai kepakaran dalam syu’bah tersebut. Contohnya, Wan Nur Izzati merupakan pelajar Diploma Undang-undang, jadi, eloklah syu’bah ini diserahkan kepada beliau. Syu’bah yang sudah diberikan boleh dipisahkan daripada kuasa anggota bersekutu atau dikekalkan.
6. Pembahagian syu’bah adalah dengan menggunakan sistem pengundian . Namun begitu, syu’bah boleh ditukar dengan anggota lain atas dasar setuju sama setuju.
7. Setiap syu’bah dipergilirkan antara anggota bersekutu setiap Ramadan (atau 12 bulan Hijriah) kecuali syu’bah yang tetap ingin dipegang oleh bukan anggota bersekutu disebabkan keperluan yang ada.

Qism berserta syu’bah-syu’bah masing-masing sebagaimana cadangan baharu adalah seperti berikut:
1. Al-Quran: ilmu-ilmu al-Quran, tajwid, qiraat, tafsir, mukjizat al-Quran (berdasarkan sains).
2. Hadis: Sahih Bukhari, Muslim, Abu Daud, Tirmizi, Nasaie, dan hadis-hadis dha’if dan maudhu’.
3. Bahasa dan tulisan: bahasa Arab, bahasa Melayu, bahasa Inggeris, kaligrafi Arab, dan sastera dan kesusasteraan.
4. Akidah: rukun iman I (beriman dengan Allah, malaikat, dan kitab), rukun iman II (beriman dengan rasul, takdir, dan akhirat), ajaran-ajaran sesat (tidak termasuk Syi’ah dan tarekat bid’ah), ideologi-ideologi sesat Barat (komunisme, sekularisme, Darwinisme, dan pluralisme), bid’ah dan syirik dalam akidah (sembah kubur, tukang tilik, dan lain-lain).
5. Syariat (fiqh): ibadat, muamalat, munakahat, jinayat, fiqh al-nisa’.
6. Akhlak dan Tasawwuf: sifat-sifat terpuji (contoh: ikhlas, sabar, istiqamah), adab (contoh: makan, tidur, belajar), sifat-sifat tercela (contoh: riya’, gopoh, mengumpat), tasawwuf sunni, pengetahuan tarekat.
7. Dakwah: kaedah dan strategi dakwah, solat berjemaah, fitnah wanita (pergaulan bebas, pendedahan aurat, dan cinta), perkara-perkara makruf (dalam kitab Riyadh al-Shalihin), perkara-perkara mungkar (Riyadh).
8. Sejarah: zaman Nabi Muhammad SAW, khulafa’ rasyidun, Umawiyyah, ‘Abbasiyyah, Utsmaniyyah.
9. Isu-isu Semasa dan Perkembangan Terkini Dunia: Palestin: Uighur, Selatan Thai, dan Kashmir; Timur Tengah; Barat (Eropah dan Amerika); Malaysia dan lain-lain.
10. Lain-lain: sunnah dan bid’ah; pengetahuan biografi ulama dan karya-karya mereka; taqrib dan perpaduan ummah; undang-undang; perubatan, sains, dan teknologi.

Semoga Allah taala memberkati cadangan dan pelaksanaannya. Mudah-mudahan Allah mengurniakan kita kesabaran dan istiqamah dalam menghadapi ujian berjuang di atas jalan-Nya, teguh dan tsabat pada ajaran al-Quran dan sunnah yang sahih, sehingga berjaya memasuki syurga-Nya sebagai syahid fi sabilillah! Amin.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan