Semaklah Darjat Hadis di Sini



بحث عن:

Khamis, 12 November 2009

Syi’ah: Al-Quran Yang Digunapakai Oleh Umat Islam Sekarang Adalah Tidak Asli Kerana Ianya Bukanlah Yang Dihimpunkan Oleh Imam-Imam Maksum Di Sisi Syi’

Thiqah al-Islam (al-Kulaini) daripada Muhammad bin Yahya daripada Ahmad bin Muhammad daripada Ibnu Mahbub daripada ‘Amar bin Abi al-Miqdam daripada Jabir katanya, aku mendengar Abu Ja'far a.s. berkata: "Tidaklah seseorang itu mendakwa bahawa ia telah mengumpulkan al-Quran kesemuanya sebagaimana diturunkan melainkan ia adalah seorang pendusta, al-Quran tidak dihimpunkan dan dihafal sebagaimana diturunkan oleh Allah Taala kecuali Ali bin Abi Talib a.s. dan imam-imam selepasnya a.s."

Dan Muhammad bin al-Hasan as-Saffar telah meriwayatkan kepadanya di dalam al-Basaair daripada Ahmad bin Muhammad seumpamanya.

As-Saduq di dalam ‘Aqaid nya meriwayatkan secara mursal bahawa Amir al-Mukminin (Ali) a.s. telah menghimpunkan al-Quran. Bila dia mengemukakannya (kepada sahabat-sahabat) dengan berkata, “Inilah kitab tuhan kamu sebagaimana diturunkan kepada nabi kamu yang tiada penambahan dan pengurangan padanya walaupun satu huruf” maka sahabat-sahabat menjawab, “Kami tidak perlu kepadanya, kami sudahpun mempunyai sebagaimana yang ada di tangan engkau”. Maka dia (Ali) pun beredar sambil membaca ayat yang bermaksud: Kemudian mereka membuang (perjanjian setia) itu ke belakang mereka, serta mereka menukarnya dengan mengambil faedah dunia yang sedikit. Maka amatlah buruknya apa yang mereka dapati dari penukaran (Kalamullah dan janjiNya) itu (surah aali ‘imran 186).



As-Saffar di dalam al-Bashaair daripada Muhammad bin al-Husain bin Syu’aib daripada Abdul Ghaffar katanya, ada seorang bertanya Abu Ja’far a.s. maka dia a.s. menjawab: “Tidak ada seorangpun yang mampu untuk mengatakan bahawa dia menghimpunkan keseluruhan al-Quran kecuali para washi (imam-imam)”.

Daripada Abdillah bin ‘Amir daripada Abi Abdillah al-Barqi daripada al-Husain bin Uthman daripada Muhammad bin al-Fadhl daripada Abi Hamzah ath-Thumali daripada Abi Ja’far a.s. katanya: “Saya tidak mendapati dari kalangan umat ini orang yang boleh menghimpunkan al-Quran kecuali para washi”.



Beberapa kesimpulan:

1. Orang yang mendakwa menghimpunkan al-Quran sama ada dalam bentuk hafalan, tulisan dan sebagainya selain imam-imam maksum di sisi Syi’ah adalah pendusta.

2. Sahabat-sahabat r.a. di sisi Syi’ah telah mengingkari al-Quran yang sebenar yang dikemukakan oleh Sayyidina Ali r.a. selepas kewafatan Nabi s.a.w.

dipetik dari laman web Darul Kautsar; http://www.darulkautsar.net/article.php?ArticleID=2187

Tiada ulasan:

Catat Ulasan