Semaklah Darjat Hadis di Sini



بحث عن:

Selasa, 22 Disember 2009

Kenapa hukum syariah di Malaysia susah nak dijalankan?

Ketika saya sedang membelek KOSMO! edisi 21 Disember 2009,pada niat saya memang saya agak kurang untuk membaca ruangan hadapan kerana majoriti orang lelaki lebih suka untuk membaca ruangan belakang(ruangan sukan)...biasalah...lelaki,tetapi bukan bermaksud mengabaikan isu-isu semasa dan isu global yang menjadi perhatian ramai.

Setelah selesai membaca ruangan belakang yang menjadi kegemaran,saya membelek satu persatu ruangan utama yang menjadi liputan ramai dan mempunyai nilai berita yang tinggi.Namun tangan saya terhenti dari membelek akhbar ini pada halaman 14,satu isu yang telah dipinggirkan oleh seluruh rakyat Malaysia dan juga pernah mendapat perhatian dari Al-Jazeera,agensi berita utama dari negara teluk pada suatu ketika dahulu.Petikannya adalah seperti berikut.


kartika Sari Dewi Shukarno.


BILA HENDAK SEBAT ? - KARTIKA
IPOH - Model sambilan, Kartika Sari Dewi Shukarno, 32, merayu sekali lagi kepada Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP)supaya hukuman sebat ke atas dirinya dapat disegerakan setelah lima bulan menunggu.
Menurut Kartika Sari, akibat terlalu lama menunggu, segala urusan peribadinya termasuk kembali di sisi suaminya di Singapura terpaksa ditangguh.
"Pihak JAIP tidak pernah maklumkan apa-apa perkembangan" katanya ketika dihubungi KOSMO! semalam.
Kartika berkata, tindakan JAIP melengah-lengahkan pelaksanaan hukuman sebat tersebut sedikit sebanyak telah menyeksa nuraninya.
Akhbar semalam melaporkan JAIP masih gagal melaksanakan hukuman sebat terhadap Kartika biarpun sudah lima bulan keputusan dibuat.
Pada 24 Ogos lalu, Kartika Sari Dewi Shukarno sepatutnya dibawa ke Penjara Kajang,Selangor dari Ipoh bagi menjalani hukuman sebat kerana meminum arak tetapi ditangguhkan pada saat-saat terakhir.
Timbalan Menteri Dalam Negeri,Datuk Wira Abu Seman Yusop berkata, Jabatan Penjara telah mempunyai pegawai sebat dan hanya menunggu lampu hijau daripada Mahkamah Syariah.
Kartika Sari dijatuhi hukuman enam sebatan dan denda RM5000 oleh Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan pada 20 Julai lalu selepas mengaku bersalah meminum arak di sebuah pusat hiburan di Cherating pada 11 Julai 2008.

-KOSMO!

hukuman hudud yang berkaitan dengan kesalahan yang digazetkan dalam Al-Quran wajib dilaksanakan - Gambar Hiasan

Saya agak terkilan dengan mereka yang berkaitan dengan kes ini,kenapa sehingga sekarang adalah sukar untuk menjalankan undang-undang yang sedia ada?Sampai bilakah Malaysia akan terus seperti begini.Sedangkan pesalah sudahpun mengaku kesalahannya dan bersedia untuk berkorban undang-undang kerana dirinya yakin dengan pengakuannya akan membuka mata umat Islam di seluruh dunia amnya dan seluruh Malaysia khususnya.
Walaupun undang-undang syariah di negara kita tidaklah menepati syariah secara 100% namun pelaksanaan hukuman yang dipinta sendiri oleh pesalah adalah perlu memandangkan kesediaan Kartika untuk disebat.
Adakah ini merupakan satu percaturan oleh pihak tertentu supaya isu ini "disenyapkan" atas sebab politik?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan