Semaklah Darjat Hadis di Sini



بحث عن:

Khamis, 31 Disember 2009

sambutan tahun baru 2010,ade kebaikan yang tersembunyi oleh pihak media arus perdana

Assalamualaikum dan salam sejahtera dan salam tahun baru 2010...
sebenarnya agak kekok untuk saya menukilkan catitan pada kali ini sebab saya dalam keadaan tidak sihat dan masih mempunyai komitmen yang perlu dilangsaikan dalam tempoh terdekat ini,namun saya cuba untuk menukilkan sedikit sebanyak mengenai sambutan 2010.
sebenarnya KLCC,Dataran Merdeka dan Tasik Titiwangsa adalah kawasan yang sinonim dengan sambutan tahun baru pada setiap tahun.
saya secara peribadi tidak pernah ke tempat seperti itu pada malam tahun baru kerana tahun ini merupakan tahun pertama saya menjadi perantau di negeri orang dan masih ada banyak lagi yang tidak diterokai.
kalau diikutkan hati saya,hujung munggu ini saya mahu pulang ke kampung menyambut tahun baru dengan anak buah saya yang ke-12,namun ibu saya tidak membenarkannya dan saya masih ada komitmen yang masih tertunggak,maka lebih baik jika dilangsaikan tanggungjawab dengan sebaik mungkin.
apabila saya memikirkan mengenai sambutan tahun baru setiap tahun,yang saya nampak dalam minda saya ialah sambutan tahun baru yang mengagungkan budaya hedonisme khususnya kepada golongan belia dan ini yang menakutkan saya kerana apabila dikaitkan dengan sambutan tahun baru,akan adanya perbuatan sumbang yang menyakitkan mata,mencederakan hati serta menjadikan susah untuk menimba ilmu.
وأخبرني بأن علم نور
ونورالله لا يهدى للعاصي
(khabarkanlah dengan ilmu itu sebenarnya adalah cahaya,dan nur Allah tidak akan masuk jika dengan dosa)
Pesanan Imam Syafie
kerana itulah saya memilih untuk menghindarkan perkara yang boleh merosakkan hafalan dan minda saya dari memperoleh ilmu,kalau saya dapat mempertahankan pointer saya pun,saya lebih memilih untuk mendapatkan keberkatan ilmu itu yang utama.
dalam saya menyatakan mengenai sambutan tahun baru yang penuh dengan budaya hedonisme,ada segolongan manusia yang masih mahu memecah kebuntuan malam tahun baru dengan menggunakan malam tersebut untuk berdakwah,tetapi dilepaskan pandangan ini oleh media arus perdana
inilah buktinya:
Ziarah Kasih' dekati masyarakat malam tahun baru

Harakahdaily
KUALA LUMPUR, 31 Dis: Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP) bersama-sama- Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) akan mengadakan Ekspedisi Dakwah atau 'Ziarah Kasih' sempena Sambutan Malam Tahun Baru 2010 malam ini.

Program yang akan diketuai oleh Ketua DPPP, Nasrudin Hasan itu dan turut disertai oleh muslimat dan Nisa' Wilayah Persekutuan bermula jam 10 malam dan akan berakhir pada jam 12 malam.

Ziarah Kasih ini bertujuan memberikan kesedaran kepada masyarakat tentang pengaruh budaya barat dan ancaman kepada masyarakat selain menjalin hubungan secara terus dengan pengujung sambutan tahun baru.
Program ini juga bagi mendapatkan maklumat ringkas dan kajian ringan tentang pola kehadiran pengunjung.

Ia mensasarkan kepada anak muda dan golongan remaja bawah umur yang berada di kawasan sambutan tahun baru.

Untuk tujuan itu, DPPP dan DPPWP telah menyediakan risalah untuk diedarkan selain berbicara secara terus dengan mereka.

Tiga lokasi utama iaitu KLCC, Dataran Merdeka dan Taman Tasik Titiwangsa dipilih untuk Ziarah Kasih kerana tiga lokasi ini menjadi tumpuan orang ramai setiap kali menjelangnya tahun baru.

PAS melalui DPPP, muslimat dan Nisa' mengambil inisiatif ini pada setiap tahun sebagai satu langkah untuk mendekati dan menyampaikan risalah dakwah kepada masyarakat.

Program sebegini juga merupakan salah satu cara 'amar makruf nahi mungkar' yang menjadi perjuangan PAS.

maka saya dapat simpulkan di sini bukanlah saya ingin bermain politik atau menyatakan sesuatu parti itu bagus kerana sebab-sebab tertentu tetapi saya ingin menyatakan di manakah kepimpinan negara yang kononnya menyatakan bahawa negara kita adalah negara Islam tetapi pesanan kepada masyarakat akar umbi terhadap Islam tidak dilaksanakan?
Di manakah slogan "rakyat didahulukan pencapaian diutamakan" diaplikasikan dengan memasukkan Islam di dalamnya?
Jika benar rakyat didahulukan,kenapa tidak mendahulukan pendidikan,perlaksanaan syariat dan amali islam dalam kehidupan rakyat?Memang benar bahawa hanya individu yang menentukan mana haluannya selepas kematian tetapi kenapa pemimpin negara tidak mengaplikasikan Islam dalam pentadbiran?sehinggakan takut untuk melaksanakan hudud dan pelbagai lagi syariat dalam Al-Qur'an?
Saya masih ingat kata-kata Dr.Ahmad Ibrahim,bapa undang-undang negara yang menyatakan kedudukan Malaysia bukanlah negara Islam dan bukan juga negara sekular dan sebagai seorang penghuni sebuah "negara Islam",saya tidak mahu untuk bergelar rakyat negara dua wajah.
buat semua pembaca yang mempunyai pelbagai pendapat,saya harap semua pembaca dapat menilai yang mana kaca yang mana permata...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan