Semaklah Darjat Hadis di Sini



بحث عن:

Sabtu, 9 Januari 2010

Allahu Rabbi...


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...
Maafkan saya kerana sudah lama sangat menghilangkan diri...saya mengalami banyak kesibukan ketika ini.maklumlah apabila sudah hampir dengan peperiksaan akhir semester,pelbagai program pula yang datang beratur untuk saya hadir,sekarang ini ada empat tugasan yang perlu saya siapkan dan tarikh akhirnya adalah 22 januari ini,agak keletihan tetapi hakikatnya adalah untuk menjadikan saya mahasiswa yang berketrampilan dan menjadi pemimpin masyarakat pada masa hadapan.
Saya juga sempat untuk mengikut isu semasa iaitu isu penggunaan kalimah Allah oleh majalah The Herald yang menyaksikan hakim Lau Ban Lee yang membenarkan majalah tersebut untuk menggunakannya dan mendapat pelbagai reaksi yang mengundang kepada 1001 pendapat dan pandangan,ada yang sokong dengan alasan supaya nanti mereka akan dapat memasuki Islam.Ada juga yang menentang kerana untuk memastikan kesucian Allah itu terpelihara kerana ianya merupakan Rabb (Tuhan) kepada kita umat Islam.
Walaupun saya mendapati di negara-negara Arab dan Indonesia contohnya,mereka tidak menjadikan hal seperti ini sebagai isu,namun senarionya adalah berbeza dengan Malaysia yang menyaksikan adanya bangkangan dari pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan reaksi menteri-menteri hatta mantan perdana menteri seperti Tun Dr. Mahathir pun bersuara.Namun yang awal lagi bersuara ialah Menteri Besar Kelantan yang menyuarakan pandangan bahawa beliau sendiri masih risau kerana bimbang golongan paderi ini akan menjadikan "peluang" penggunaan kalimah "Allah" itu sebagai satu jalan mudah untuk mereka mengkristiankan masyarakat Islam di negara kita.
Walaupun agama samawi (agama yang turun dari langit) dapat menggunakan kalimah tersebut,namun mesti diingat bahawa agama samawi sekarang hanyalah Islam,bukannya kristian ataupun yahudi kerana mereka telah menyelewengkan kitab Taurat dan Injil dan ditukarkan kepada Bible.Mereka menolak kewujudan Nabi Muhammad S.A.W,maka layakkah mereka untuk digelarkan agama mereka sebagai agama samawi?
Saya masih ingat khutbah jumaat di Masjid Al-Azhar KUIS yang disampaikan oleh khatib yang bernama Ustaz Farid Ravi bin Abdullah yang menyatakan bahawa kita tidak boleh membenarkan kesucian Allah sebagai zat yang Agung kepada umat Islam dicemarkan dan menjadikan masyarakat kita keliru,kerana konsep ketuhanan bagi kristian ialah konsep triniti (3 tuhan dalam satu).
Adakah kita rela menjadikan Allah itu seperti "sandwich 3 lapis" seperti apa yang dibawa oleh fahaman golongan kristian?Sudah pastinya kita mahukan Allah itu satu kerana sifatnya bukanlah seperti makhluk,bahkan adalah Yang Maha Esa
قل هو الله احد (1) الله الصّمد (2) لم يلد ولم يولد (3) ولم يكن لّه كفوا أحد (4) : النّاس
"Katakanlah (Wahai Muhamad) Allah itu Esa,Allah tempat bergantung segala-galanya,tidak melahirkan anak dan tidak diperanakkah,dan tidak ada sesuatupun yang setaraf dengan-Nya"
An-Nas : 1-4
Kerana itulah saya lebih memilih untuk membela kalimah Allah daripada saya memberi ruang kepada mereka untuk menggunakan "Allah" untuk mengkristiankan masyarakat Islam.Antara hujjah lain yang saya ingin kemukakan di sini ialah doa ma'thurat yang dibacakan oleh Imam Hassan Al-Banna,pengasas Ikhwanul Muslimin di Mesir.
رضيت بالله ربّا,وبالاسلام دينا,وبمحمد نبيّا و رسولا
"Kami redha Allah sebagai Rabb (Tuhan) kami,kami Islam sebagai deen (cara hidup) kami dan Nabi Muhamad adalah Nabi dan Rasul Kami"


Kalau orang kristian redha (yakin) dengan kewujudan Allah,kenapa mereka tidak redha dengan kewujudan Nabi Muhamad?Itulah persoalannya sekarang.Saya juga rasa terkilan di manakah mufti yang kononnya "gedebe" (hebat) dan pertubuhan yang mahukan tauliah untuk memberi pendapat mengenai agama?Di manakah mereka ketika ini?Kenapa tidak dianjurkan forum dan penjelasan serta debat mengenai kalimah "Allah" ini dengan paderi kristian dan mempertahankan kesucian Allah seperti yang dilakukan oleh Ahmad Deedat?Dimanakah kita?
Apatah lagi apabila ada pihak yang membakar gereja di ibu kota.Saya terfikir balik,mengapakah perkara seperti ini berlaku?Kalau tidak puas hati mengenai isu yang di bawa oleh The Herald,kenapa tidak digunakan kaedah yang menunjukkan Islam itu "Selamat"?
Dalam kita mempertahankan hak Islam sebagai sebagai agama yang suci,kita tidak boleh bersikap radikal terhadap penganut agama lain,kerana kita mesti bijak dalam mengklasifikasikan kafir harbi (kafir yang melawan Islam) dengan kafir zimmi (kafir yang selesa dengan Islam dan tidak memerangi Islam).
Kepada semua pembaca Islam,terima kasih kerana membangkang penggunaan kalimah "Allah" tetapi haruslah kita mengetahui batas-batas dalam perjuangan agar Islam dipandang tinggi dengan akhlak,bukan dengan keganasan.
Kepada pembaca bukan Islam khususnya kristian,saya mahukan anda faham kenapa penganut Islam tidak rela Allah ditigakan oleh kristian,kerana Allah itu bukanlah roti "sandwich 3 lapis",maka diharapkan agar semua pembaca bukan Islam mengertinya.

2 ulasan:

  1. Assalamualaikum...
    Satu ulasan yang hebat terhadap isu yang hangat sekarang. Tapi, ada beberapa hal yang perlu diperhatikan. Insya-Allah ana akan tulis semula kalau ada kesempatan. Wassalam...

    BalasPadam
  2. terima kasih sebab memberi ulasan mengenai artikel ana nih...ana ngaku ana masih dalam proses mempelajari mengenai perbandingan agama...apatah lagi ana mengambil jurusan bukan dalam bidang agama,namun diharapkan tinta yang ana curahkan ini menjadi landasan untuk memperbaiki diri ana...apa-apa pun syukran ilaika...

    BalasPadam