Semaklah Darjat Hadis di Sini



بحث عن:

Selasa, 26 Januari 2010

Masalah...

Assalamualaikum dan salam sejahtera...
kepada setiap pengunjung blog ini,terima kasih kerana masih lagi setia bersama penulis,ketika saya senang dan ketika saya susah sekalipun,anda masih tidak jemu-jemu untuk menjenguk ar-risaalah.blogspot.com ini.
Pada artikel kali ini,saya lebih suka untuk menulis artikel-artikel yang lebih ringan,kerana keadaan saya sekarang dalam keadaan tertekan...
tertekan dengan apa nie-zarm?
1.final exam dah nak dekat ni,18/2 - 6/3/2010 adalah tarikh final exam...
2.nak khatamkan setiap subjek yang terkandung di dalam bukunya...
3.kewangan.PTPTN belum masuk lagi,sekarang kais pagi makan pagi,kais petang makan malam sebab petang main bola.
4.masalah dengan senior kursus sendiri dan pensyarah semester atas kerana masalah tersalah faham.

Saya menghadapi masalah dengan senior atas yang tersalah faham dengan kenyataan saya (kenyataan saya itu saya mintak off record yer?) dan membawa kenyataan saya tu kepada pensyarah atas,dan mungkin saya akan dihentam sekuat-kuatnya...

Barulah saya tahu betapa susahnya untuk memberi kefahaman mengenai maksud yang saya jelaskan dan untuk membawa suara-suara "rakyat" saya ini...

Cuma jika selepas ini saya agak kurang untuk menyumbangkan artikel di dalam blog ini,saya ingin memohon ampun dan maaf,bukan kerana tidak up-to-date tetapi memang saya menghadapi masalah besar,khususnya masalah yang keempat...

Kepada pengunjung blog ini,tolong doakan saya selamat dari fitnah dunia dan akhirat serta memberi semangat untuk saya memanjangkan kalam ini pada masa-masa akan datang...

Terima kasih dari penulis yang dhaif dan hina ini...

2 ulasan:

  1. salam..semoga aawk terus bersabar menghadapi dugaan ini. ingatlah bahawa Allah sentiasa bersama orang-orang yang sabar.

    BalasPadam
  2. syukran 'alaik...
    huhuhuhu...
    enti sempat juga baca artikel yang ntah ape-ape nih...
    ana pon hairan kenapa ana boleh tertulis artikel berbentuk luahan peribadi sedangkan yang sepatutnya ana buat ialah artikel untuk islam...

    BalasPadam